Balai Seni

Sunday 19 January 2020



Jalan-jalan dekat Balai Seni Negara! Some of them still taktahu lagi act balai seni negara ni akan come with diff kind of exhibition/tayangan and so on. Dorang ingat sama je smpai bebila. Its not a muzium ok guys kalau nk thu event dorang kena keep follow up dorang punya web/insta/twitter mostly everything about art! Let’s appreciate art bcs art is everything and everywhere in this beautiful world. Post kt twitter pecah la video! Stress! But already share some gambar dekat my vsco account.

Got paper tomorrow! A very last paper for this sem! Caiyoo Adriana Misha!





Selok belok

Thursday 9 January 2020




This dinosaur filter so cute ! Huhu. Another 2 papers to go!!! Ayeeeeee can’t wait! Right now like tengah fikir either nk kerja atau just meniaga nasi ayam belakang sekolah ahh confusing sngt! Tak suka! Sebb kalau meniaga sendiri boleh cuti bilabila tapi kalau kerja dengan orang...... sabtu ahad kena kerja :( me need rest but need money osho help me.

Tak sabar sngt nk habis this sem, like arghhh tk sabar pastu naik sem 3 pastu tup tap sem 4 tup tap sem 5 dah habis!! Kalau panjang umur inshaAllah la. But seems like this world already tua yknow but just pray for the best inshaAllah may Allah ease everything for me and whoever read this! Amin Ya Rabb.

Cuti ni, ada matlamat : nk kurus lol. I hate how my rangka is rangka besar so no matter how kurus i try pun people still akan say im gemok bcs my rangka. But nvm mmng nk kurus sebb berat naik 5 kg. Orang lain duduk rumah sewa kurus while me makin gemuk. Idek nk cakap banyak makan tak langsung, kadang berhari tak makan sebb busy tidur lol. Im not la cepat touching if orang kata gemok but dia mcm stress orng kata gemuk sedangkan kita tahu kita tk makan banyak, let say mcm orng kata makan banyak la tu, ataupun kau mesti tambah kan like bcs dorng rasa kita gemok bcs of makan but sedangkan makan pun tak. Urgh lantakla orng nk panggil gemuk ke apa. Mohon telinga ni masuk kanan keluar kiri la jangan masuk kanan berhenti bagithu otak bagithu hati, parah! Emotional sangat tau!





Fav, Sendu song all time...... Jangan dengar kalau taknak telinga berdarah. Hahaha im not good at menyanyi but its just for my own suka suki kinda thing. Yela i dont have a lot of friend, atleast i can hilangkan all the bosannnnns with my alat muzik then. Kenapa start minat muzik....... entah, just suddenly, like ukulele tu saje je masa tu nk beli ukulele pstu survey en terus beli lol 200 plus and then keyboard tu belikan diri sendiri sempena hari jadi, parap beb beli habis duit dalam bank terbang begitu saja. Nak beli piano tak mampus keyboard pun jadika. Pastu belajar jela everything melalui youtube, best! Tapi dia jadi lalai bila kau tak dapat nak catch up the chord, nanti rasa nak mengamuk, maki and so on like meee, menangis bila tk dapat bunyi yang sama mcm tutorial... lol frust gila ok. Yela like bila orang main sedap kita main bunyi pun takde siapa je tk meroyan.

+ actually rasa nak main semua ni bcs, okey la, theres a lot luar sana orang yang cantik and pandai, but me, im  not, im not pretty like other girls luar sana yang sentiasa dimuliakan orang bcs of kecantikan dorang. pandai? Im not clever like orng kat luar sana. Pandai je siapa je nk mengaku diri bodohkan, pandai la juga. Yeshe yeshe je, so disebabkan i knw that i tk leh jadi mcm orang lain cantik pandai so on so i try la buat something yang orang tak boleh atau tak minat. So i paksa diri melukis, main muzik, edit video, and so on. So atleast!!! I dont have the pandai and the cantik thing but i can do things that orang lain tak minat! Atleast adala juga something special on me! :( im just happy for myself.... if not someone happy for me atleast i did. 

Back to this lagu from xxxtentacion, R.I.P btw. Hahaha okeyla lagu ni cakap about someone yang dah berubah. Hooman  promised a lot u know, like a lot, and leave yals hanging and did like nothing happened!!! I love to see my friends yang bercinta bertahun-tahun yet still together till now while me failed dalam bercinta. 

And nowaydays i hate tngok orng couple for real. Dia punya dendam failed dalam bercinta tu rasa menyampah dah, like ada that one time, this guy want to flirt with me, but ugh adriana misha,, dia la orang paling malas nak balas message orang sebb dh malas main phone, so thig guy nak flirt kan dia told my friend wei i like adriana aku cam nak try dia. Pastu tk smpai 1 week, that guy bgithu my friend balik, wei malas ah nk try ad tu, turn off sial balas lambat. Hahaha Ok..... 


Scared

Monday 6 January 2020



Cantikkan!! Dekat titiwangsa tadi pukul 730 malam. Hehehe. 
Rabu ni exam antara paper yang susah for this sem and carry mark pun mcm nak taknak je bagi kita lulus hahaha Takla InshaAllah lulus, amin Ya Allah. Sem baru ni banyak gila belajar benda baru lagi lagi kearah sayangla pada diri. Kesabaran tu penting kan? Like act one of the key dalam hidup. I wonder la orang panas baran ni hidup macam mana, mesti dorang pentingkan diri kan? Sebab marah melulu? Tapi kalau baik sangat pun susah. Me? Ya, ya Allah, i dont even knw macam mana nak marah orang. Selalu sangat dah diam and sabar sampai nak berterus terang pun dah tk reti. Tapi orang kata dah besar ni biarla diam je tapi diam ni la yang hasilkan tangisan pada tiap malam. Allah huakbar, tataauu la nk habaq lagu mana nk kuat ni. Tak kuat hoi, luruh hati nk hadap bngun pagi tiap hari. Kadang habaq kat diri sendiri, adriana misha oi kalau la bunuh diri tu tk berdosa kan? Dri kecik aku dh buat oi. Tapi fikir punya fikir Allah bagi hidup ni nk suruh perbetulkan la apa yang tk betul lagi. Tapi penat mashaAllah, dirini je tahu mcm mana bila semua masalah kau simpan sorang makin lama makin bertimbun sampai diri sendiri tak mampu dah nak bawa segala perit tu.

And orang akan tanya kau, okey dakk? Mestila kita terus balas wei helok je okey je tkde masalah. Sedangkan lega jugala orang duq tanya khabar kita tpi masa sama, tak tak tak boleh adriana misha, simpan je semua dalam diri. Because nk percaya ppl nowadays pun susah :(. Aku penattttttttttttt. So end up, aku busykan diri, bangun pagi pi kelas balik kelas kerja cafe, rehat cafe delivery makanan kt hostel, balik delivery smbung kerja sampai 10 malam, balik study assignment apa patut tidur mmpus bangun balik repeat. Yang peliknya orang busy lagu ni pun masih lagi pikiaq ouh ada assignment group nk kena buat satgi tk buat depa duk kata kita ni busy kerja tk belajar, tpi yang tk bekerja punya malas nk buat assignment pun bukan main penat eh hidup dia. Takpela, mayeb tngh culture shock kan kita pikir baik jela kt depa. ( dalam hati dah mencarut ) hahaha. Entahla kadang nk tegur kesilapan orang tu kita yang rasa bersalah, sedangkan untuk kebaikan dua dua pihak tapi nk jaga hati depa punya pasai diri sendiri sengsara mashaAllah. Kalau mcmni la aku nk teruskan hidup sampai bila pun tak happy la untuk diri ni.

Hat bawah ni, i made my own song la kiranya 8 months ago? Masa ni tngh gila, akai pun takde, nangis 24 jam mcm orang bodoh tkde life.



Should i?

Saturday 4 January 2020



Lamanya tk update! So disebabkan i dh tk pakai langsung instagram, and baru buat twitter mcm try nk berkawan balik with ppls but mcm weird, kadang tweet pastu delte balik sebb takut ramai orng tk suka diri ni. Tatahula kenapa perasaan orang sekeliling benci tu kuat sangat. But its okey!

Guess lagu apa? Hiks! Its Pulang. I still remember this one guy told me “ im so sorry, no wonder lately i dengar lagu pulang, & it remind me of you, evertime “. Huak, bcs I asked to leave me, hahaha to be honest I really blinded by love, buta sangat-sangat. Sampai tkde fikir diri sendiri, tak fikir hati sendiri tak fikir apa jadi kat diri sendiri if ini if itu and so on. Sbb dah buta, mata, akal, hati dah dikaburi dengan cinta yang tak kekal. Menyesal? Takla, sama sekali tidak. Kenapa tidak? Sebab sah sah kita yang pilih langkah tu satu ketika dulu. So kenapa nak menyesal sedangkan penyesalan tu tk memberi apa apa melainkan kita tukar kan perkataan menyesal kepada perkataan “ pengajaran “ buat diri sendiri. Banyakla diri ni dah belajar after cuba bangunkan diri yang dah kabur dengan cinta yang belum tentu kekal. Banyak sangatttt tak terkata, and benda tu secara tk sengaja ubah diri ni jadi lain. Cringe kan cakap mcmni?

Tapi betul, dulu selalu rasa nak cantikkan diri hahaha but rn macam, okey? Why should i? Just be myself then, tak cantik tolak tepi dulula as long as i know my kebaikan diri. Dulu hampir 24 jam phone? Hahaha mygod, sekarang, reply whatsapp orang pun tak sebab dah malas sangat, siap kena marah dengan lecturer sebb tk balas ws hahaha teruk sngt dh ni. Tapi betul, memang tak rasa nk balas ws orng pun kekadang. Dia mcm baca then rasa like jap gi ah balas pastu seminggu kesudah tk balas.
Entahla, memang dari kecik suka menyendiri kemana mana, tapi sekarang dia punya menyendiri sampai bilik sewa pun sewa yang sorang sorang. Bukan tk perlukan teman, tapi kalau cakap pun orang takkan faham. Yeap jealous tengok orang berkawan, tapi diri sendiri tahu, yang diri ni dh tk boleh nk jdi mcm orang lain. Sebab for me biarla mati bersendiri sekalipun.

My habit being alone ni makin menjadi, nk kawan dngn orang pun takut. Kadang kawan kt uitm tanya best ke sorangsorang, mcm mana handle and so on. Tatahu nk jawab apa bcs tatahula soalan tu sedih ke curious ke apa hahaha. Tapi my kind of bersendiri, i still active with everything, join club ni club tu, jadi class rep, jadi media faculty, minat presentation suka bekerja and so on. Cuma waktu tu jela that I communicate with people, luar dari tu semua sendiri balik meeting memalam buta sendiri g kelas and banyak lagi. Tatahula kenapa, tapi kadang sedih sebb mcm ni ke aku kena hadap smpai tua? Mampu ke? Even some of em cakap takut nk tegur sebb i always with my earphone. Entahlaaaaaaaaa tatahula kenapa diri ni mcmni :( i need help.

Art Exhibition @ Kl!


Perkataan ? Hati ?

Wednesday 16 January 2019



Ada beza antara perkataan dan hati .

Perkataan ni benda yang kita semua keluarkan dari mulut , either baik perkataanya atau buruk perkataannya . Tapi kadang , yang mengelirukan orang is , betulke perkataan dari mulut tu datangnya dari si hati ?

A random question to myself .
Bagi aku ?
Bagi aku perkataan dari mulut tu jadinya penipuan bila dalam keadaan tergesa .
That means , bila kau cam tengah kabut , serabut , serabai dan segala yang sama maksud dengannya , act apa yang kau kata kt mulut tu tk sama dengan hati .

And kadang , perkataan dari mulut tu mengeluarkan kebaikan ,
let say dia kata dia rindu .
But dalam hati , tidak sesekali .
Perkataan dari mulut tu lebih untuk menjaga hati orang .
Faham ?

I guess semua orang pernah menipu melalui kata-kata yang diucap di bibir .
Walhal , dalam hati 98% lain dari yang di keluarkan dari anggota mulut .

Mehhhhhhhhh , benda ni dah jadi routine manusia .
" wei kau dah siap assignment ? "

- ' dah '

Padahal belum , tapi hanya nak merasakan diri bagus .
Contoh jela ni , if dah siap betul tu boekkkkk ah sis .

Aku pun jujur la ,
Penipuan dari mulut ni lebih kepada " ya okey , ya boleh , ya tak apa "

Maksudnya macam orang bagi suggestion , orang bertanya ke apa , apa yang aku akan jawab is
ya okey
ya boleh
ya its okey

Uikkk dalam hati dah macam apa " agh taknak "
Hahahaha tu basic mulut menipu !
Can't diasgree with that .

Aku pun tak tahu macam mana nak elakkan penipuan simple ni dekat orang .
Yela kadang kalau kita jujur , lain jadinya .
Susah .

Tapi bagi aku , benda macam tu okey lagi , yang jangan dibuat tipu is about ibadah , belajar , and kasih sayang sesama manusia . Itu semua kira permata dalam hidup .

p/s Jangan la pernah kata sayang sedangkan hati tak sayang .

PENGALAMAN

Tuesday 17 October 2017

CUTI SEMINGGU!
WOOOO TPI DAH HARI SELASA DH . WHAT A SAD LIFE . HAHAHA

Balik haritu dari Jumaat - Isnin kerja part time dekat petronas . Part time je . Buat filing . Banyak nak mampo* . Hahaha takpela even penat apa ke , demi sesuap nasi apedehal . TAPI SERIOUS PENAT ! hahahahaha .  Tapi takpela dah habis dah . Harini pun dah selasa dan im so lazy nak buat assignment .
ASTAGHFIRULLAH . - go away saiton .

Okayla harini nak settlekan business jap . Pagi tadi pun ada customer tanya kenapa barang dia tak boleh track dekat online tu . Aduhai , biasala bila nak cuti-cuti ni esokkan deepavali , so system down sikit . Tapi patutnya barnag tu dah sampai dekat customer tu tapi entah la nak . Takpela , kita tunggu dan lihat . Sebab dah call poslaju dah pun . Alhamdulillah , baju new collection dapat sambutan yang baik2 belaka . <3


Ni nak ambil gambar cardigan baru siap ni . Goccccc susahnya nak belajar + business dalam masa yang sama ! :( . But its okay , demi my passion . Keep it up Adriana Misha . Everything will be alright . Berdoa dan keep berusaha.

Harini rasa macam nak borak pasal pengalaman aku bekerja .

Okay paling aku nak cerita is abouttttt LELAKI .



So pengalaman aku kerja kat petronas dari dulu sampai sekarang ni ialah ;

Lelalki , tak kira tua muda . Wei srs .
Okay aku bukan nak buka aib orang . Tapi ambik ni sebagai pengajaran .

Aku pun bukan tahu nama pakcik ni apa . Tapi aku nak gelar dia atok la sebab dia memang berumur macam atok aku .
Okay first , atok ni memang everytime dia dtang ;-

[ dia pakai jubah ]
[ pakai serban ]
[pakai kopiah ]

senang cerita pakaian yang sedap mata memandang .
Jujur aku cakap aku suka tengok orang tua , sebab depa cute !
Tapi yang atok ni tak cute langsung .
Masa ni first day aku kerja 28/11/2016 .
Atok ni beli surat khabar , pastu aku salah bagi baki, pastu dia gelakkan la dia kata math gagal ke dulu semua en pastu dia kata tkpela budak baru saya faham , pastu dia ambil baki sambil pegang tapak tangan aku .

Okay masa tu aku tak negative lagi la , aku just macam ok atok ni terpegang la kot . So aku pun takdela fikir mana . Esok esok tu dia datang lagi beli , memang macam sengaja bagi duit besar , so aku pulangkan baki then dia pegang lagi tangan aku sambil cakap " awak ni comella " . GOCCCCC START DARITU AKU DAH TRAUMA!

Lepastu masa tu tempat bekas baki tu tkde tau , hilang akak manager kata . Pastu seminggu lepastu benda tu ada balik boss beli baru . Pastu mcm biasa ah atok ni ada , dia bagi lagi duit besar , aku pun pulangkan baki dengan letak dekat bekas tu , dia cepat2 grab tangan aku , pastu aku terus macam ey orng tua ni kang aku pukul kang . TAPI TAK LA SEBAB ADRIANA MISHA TAK PANDAI MARAH ORANG ! TOO SAD .

Aku pun bagithu supervisor aku tak selesa with this atok semua en . Pastu supervisor kata try  elak ambik dia , maknanya try buat tak nampak layan customer lain or pergi toilet or wtsvr la kan . So aku pun try masalahnya , kan ada dua kaunter , aku selalu kaunter minyak la , brang dekat satu lgi . TAPI ATOK TU NAK JUGA BAYAR DEKAT KAUNTER MINYAK . So satu haritu aku pulangkan baki dia dengan campak atas meja sebab aku dah sakit hati! Huaaa terukkan but aku tak tahan dah . PASTU KORANG TAHU TAK DIA CAKAP APA . " Kenapa marah ni sayang " . GUYSSSSS APA NI .

So aku nak pesan la kat korang lagi2 girls , janganla judge orang dari luaran je . Nampak baik je kau pun ok . NAH START DARI ATOK TU aku dah tk percaya luaran orang sangat dhh . CUBA KAU BAYANGKAN ORANG BERPAKAIAN MACAM TU PERANGAI GATAL MACAMTU .

Banyak lagi dia buat tapi tkpela , cukupla ini untuk pengajaran .
Tapi janganla pula lepasni korang nampak orang pakaian macamtu korang fikir negatif .
Aku just nak suruh korang hati-hati jela .

Okay ni pasal atok tua . Next abang-abang muda handsome belaka .
Alhamdulillah la aku bukan jenis cepat melting .
Hahaha sebab aku tahu aku tak cantik mana so buat apa aku nak berangan orang suka aku " emoji gelak sambil nangis " .

So abei-abei kacak ni , dalam sehari mesti kau akan kena kacau la kat cashier tu , dok piwit2 , dok mintak resit lepastu mintak pen paastu bagi nombor . Dengan harapan kita whatsapp dia latu! Hahaha tapi tk aku tak tererdaya " emoji mata pandang atas " .

Okayla its normal kot lelaki just saja2 kacau kan ?
Tapi kalau dia boleh buat tu dekat seorang perempuan , tak mustahil dia boleh buat benda macamtu dekat perempuan lain kat luar . BETUL TAK !

So jangan la mudah terpedaya dan jatuh hati .
KAHKAH .

p/s tapi kalau dah jodoh-jodoh juga eh huhu .

JAPLA NAK STOP CERITA PASAL PENGALAMAN NI .
SEBAB ADA BANYAK , SO NNTI NEXT EPS PULA OK .

Korang ! BTW , nanti ada masa tengokla cerita " TRANSIT TERAKHIR " .
Lagi-lagi untuk anda yang hati masih keras CET! Im joking . Pergila! Apa yang pergi ? PERGI LA TENGOK! BEST AKU TNGOK PUN MACAM INSAF SIKIT . Banyak la juga .. Hahaha tkdela cerita ni bagus , dia mengingatkan kita agar jangan stop buat kebaikan and KEEP tinggalkan keburukan . Dia macam cerita tanah kubur , ha ah sama macam tu la , tapi ni kisah bawak van jenazah . Best serious , hayati la kalau nak benda tu sampai ke hati dan minda dan perbuatan .

FIRST TIME TK MAI CLASS

Monday 16 October 2017


Sedar-sedar dah bulan 10 . Kejap je kan masa berlalu . Nanti tengok-tengok dah 2018 . Huaaaa aku pun meningkat ke 19 . Goccc ! DAH BESAR DOOOO hahahahahhahaha . Dah boleh kahwin ni , ngeh; joking .

Line kat sini lambat gila . Aku nak research research benda pun tak lepaih wei . Lepaih tu lepaih gak ah tapi macam sempat masak maggie lagi . Apatah lagi nak bukak blogg emmmm memang haprakkkkkk .

Tapi tula aku ingat aku nak ambik yes , tahu kan ? Tapi tulaaaa , emmmmmmm aku dah ajak roomate tapi krik-krik , depa tak mau . Choi sombong , tak mau sudah . Hahaha so aku fikir kalau aku nak ambik sorang-sorang , mampukah aku nak membayar tiap bulan ??????

Maka aku pun berhuhuhuhu jela dengan line aku yang slow gila kat sini .


Pelik kan , ada orang dia sentiasa terselamat .
Yeas Im talking about someone yang dalam kelas which is dia selalu tak siap kerja and macam main-main tak fokus , tapi cikgu/lect tak pernah perasan . Dia macam memang terselamat la . Orang yang siap pun kena complain kadang-kadang tapi dia macam terselamat je , takde apa .

Apa ek rahsia dorang ?Lulz . Hahaha .
Goccccc! Banyak oi project nak buat . Ada pulak budak kelas aku ni sentiasa terselamat . Tu aku geram tu hahahahaha . Aku punya tak tido malam buat tu , tengok kt kelas dia tak siap lagi tapi dia macam selamat gila . ARGHHHH stressss . hahahhahahahhahahaha .

Takpela , yang pasti aku siap . Alhamdulillah . Walaupun project direject banyak kali " emogi gelak sambil nangis ".
Sorry ibu ayah , I already did my best , saya tak faham perfect mana dia nak ! Huaaa cedyh hahaha . Semakin pudar hasrat dekan aku , tapi tkpela , mana thu ada rezeki kan ? Ada rezeki adala , sekarang fokus belajar je .

Minggu depan exam koko individu , Ya Allah , kenapa mesti ada hahaha , takpela kasi jalan juga . Minggu depan juga minggu presentation , kasi jalan lagi . #redhasepanjangmasa. Yang penting aku dah usaha , so tawakal jela , Sebab bukannnya aku tak usaha ! Kkkk!

Harini aku tak pi class , sebab tu aku bosan tatahu buat apa , sebab aku hanya terbaring atas katil kerana kesakitan . Sakit apa ? Sakit wanita . ok diam . So alang-alang aku pun capaila laptop yang tk berapa jauh dan ajak laptop baring di atas katil sekali . Huaaa jangan sakit lama-lama please . Saya tak laghattttt.

SO DISEBABKAN INI FIRST TIME AKU TAK DATANG KELAS . AKU PUN TERFIKIR

" senggugut boleh mintak mc ke ? "

Hahaha , sebab aku tahu doktor pun tatahu nak buat apa .
So aku pun whatsapp la aku punya kakak dengan kakak ipar . Sebab both uitm juga so bagi aku sama la kot .

So aku pun ws dan bertanya :

Pernah tak pi class sebab senggugut tak ?

" Pernah "
Jawab kedua-duanya .

So aku pun to the next question ;

" kena ada mc ke ? nak pergi unit kesihatan nak habaq apa kat doktor ? macam kelaka je ? "

ok kalini jawapan berbeza oleh kedua-dua pihak .

Kakak ipar ;
"Pergi la Unit Kesihatan tapi kamu jangan cakap kamu senggugut nanti dia tak bagi mc ,kamu cakapla kamu cirit birit ke , berlakon la waktu masuk acah2 nak pi toilet terus sebab sakit perut "

HAHAHA what a gr8 idea but im too lazy to do that .

Tapi dia kata dia banyak je tk gi kelas , bila lebih 3 baru dia buat part time mc macam tu . HAHAHA . cool . Sebab kalau lebih 3 tanpa mc nnti dapat surat .

Kakak ;

" Tak payah , sms je lecturer "

Simple and yeah itu yang aku buat . Kahkah thanks kakak and kak athiah .

Tapi aku tak habaq mai lect yang aku senggggg , aku habaq mai aku tak sihat , Sama la kan ? Aku takut dia tanya depan kelas next week wei . Hahaha gelabah habis dah aku ni . Tapi kak athiah kata dia tak tanya pun sebab dia tk ingat and tk kisah pun melainkan dah lebih 3 . Okay tu dah lega kan hati aku. Semoga lect baca sms tu dan tak tanya dah ;) .

Dan semoga perut tak buat hal dah ;)
Sebab once dia buat hal mesti dia libatkan tulang belakang yang sakit ni . Haih tulang belakang ni bila nak sembuh oi sayang . Hakak tak mampu dah nak menanggung dh sayang oi . Hakak tak kuat tapi tkpe hakak cuba .




Thursday 22 December 2016

Rindu kian membuak-buak .
Rindu itu indah kan kadang-kadang ?
Sebab terkenang segala yang pernag dilalui .
Suka dan duka .

Cuma rindu ni ..
Ibaratkan " bertepuk sebelah tangan "..
Tak semestinya orang yang kira rindu itu merindui kita .

Apa guna kunci terbesar dalam hidup manusia ?
Berdoa .
Doa itula tempat paling indah untuk diluahkan .

Luahkan la dari A - Z .
Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar .

" Ya Allah , sampaikan la rinduku padanya " .

Ecewahhh.

Aku ?
Hmm , banyak aku rindu .
Arwah nenek , atok ..
Tapi yang ini hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah .

Rindu Rasulullah itu ,
Seharusnya perbanyakkan selawat!

Rindu sesama manusia pula ..
RINDU sangat dekat kawan-kawan .
Yang dulunya semua ceria-ceria belaka .
Tapi sekarang kebanykkannya busy dengan pakwa la pulak!
Wops , takpala sahabat , semoga berbahagia!

Rindu akan seorang lelaki ?
Hmm ada ,
Tapi ?
Tak ada tapi la .

hehehe .

____________________________________________________________________________


Orang kata percintaan itu indah .
Ya , sememangnya betul .
Tapi!
Bagi aku ..
Percintaan itu indah bila dihargai .
Ulang suara : DIHARGAI .

Sememangnya untuk mencari cinta yang abadi itu sukar .
Cuma orang sekarang ni ,
Mudah memberikan hati ?
Mudah terpedaya dengan kata-kata manis .

Aku ?
Hm mengikut pengalaman 2 kali bercinta aku
" malu jap "
Bila kemanisan itu memang manis ,
Bila kepahitan itu , amat la menguji kesabaran .

Sememangnya cinta itu ibaratkan " fun " untuk orang sekarang .
Bercinta tanpa ada niat berkahwin .
Hanya untuk bersuka-ria .

Orang kata , nak bercinta biar ada niat benar-benar inginkannya sehingga betul ingin memilikinya sebagai pasangan yang halal .
Ini tidak , belum kahwin sudah sebok berpegang .
Bila break nanti ?
Sisa pegang itu campak mana ya ?
Hahaha !

Sungguh dari hati aku ,
Bercinta itu memang indah bila dihargai .
Bila telah dibuang ,
Cinta itu baru disedari oleh mereka yang membuang .
" Bila dah terlambat , baru nak menyesal " .

Bercinta mengajar aku agar mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum meletakkan harapan yang tinggi dan untuk berminat akannya .
Kepercayaan itu adalah kunci percintaan .
Kepercayaan itu adalah kunci rumah tangga .
Tanpa kepercayaan ,
Kemana la semua pasangan di dunia ni kan ?
Tunggang langgang la tanpa perkataan " kepercayaan " .

Sekarang...
Bagi aku ..
Jangan la dibuat main cinta itu .
Kerana cinta  itu amat indah jika kau mencintainya kerana Allah .
Bukan kerana nafsu semata-mata .
Tidak ada masa untuk bermain dengan cinta si monyet .

Hidup ini harus tegas .
Cinta itu bukan perkara yang boleh dibuatmain .
Jika kau benar cinta akan seseorang itu : Pasangla niat untuk mengahwininya suatu hari , wahai kaum Adam .

* Jangan la baru darjah 6 nak bercinta & dh pasang niat ok! Kena ikut logik jugala nak fikir pasal cinta tu time umur berapa ! Hahaha *

_________________________________________________________________________________

Bersedih itu ,
Langsung bukan pilihan aku .
Siapa sahaja suka bersedih ?
Melihat orang sedih pun boleh membuat hati pilu .

Inikan pula ..
Diri yang menanggung .

Kadang-kadang ,
Ada segelintir perkara yang terpaksa aku pendamkan segalanya .
Tempat mengadu ku semakin sempit .
Keluarga pula semakin sebok ,
Malah lagi sukar untuk memahami diri ini .
Tapi tidak mengapa ;

Allah itu sentiasa ada di sisi aku .
Dia sahaja tahu isi hati ini .
Yang suka
Yang duka
Dan sebagainya .

Ya Allah , Ampunkan segala dosaku .
Sesungguhnya : Kau maha pengampun dan penyayang .

Kuatkan aku dan rakan-rakan ku untuk menempuh segala dugaan Ya Allah .
Kau ceria kan la hati rakan-rakan ku jika terdapat kesedihan dalam hati mereka ,
Walaupun sedikit .

____________________________________________________________________________

Sunday 18 September 2016

Semakin aku dewasa ni , semakin banyak benda dah aku lalui .
Sampai...
Sampai apa ?
Sampai rasa malas nak berkawan dengan orang sekeliling .
Jujur hati berkata ...

Kata apa ?

Mereka kata kita berubah ..
Sedangkan mereka tak perasan bahawa ..
Mereka yang meng-ubah- kan diri ini .

Boleh pula mereka bertanya mengapa kita berubah ?
Kenapa mereka tidak bertanyakan kepada diri mereka sendiri ?
Tak faham .
Sungguh dari hari .

Bukan nak minta dipujuk ,
Mengharapkan mereka sedar apa mereka lakukan .

________________________________________________________________________________


Sorang demi sorang pergi ,
eloknya ada 100 kawan ,
lama-lama 90..
80..
70..
60..
50..
40..
30..
20..
10..
1..

akhir ?
entah 1 tu benar2 ikhlas atau tidak .

Ya Allah ,
aku bukan tidak bersyukur dengan mempunya ramai kawan ,
Tetapi yang aku ada ini  tidak cukup seperti mana yang aku idamkan untuk bawaku ke jalan benar.

Adanya .. si kaki fitnah , adanya si kaki penipu , adanya sikaki kutuk , adanya sering merendah-rendahkan aku .

Berkawan dengan si dia , si sana jeles ,
Habis ?
Mahu berkawan dengan siapa ?

Apa mereka cinta kepada 1 jenis ?
sehingga buatkan dirinya jeles untuk aku  berkawan dengan kawan baiknya ?
Pelik.
Tak faham .

Di mana istilah " kawan untuk semua " ?

Lagi perit ..
Bila kawan sudah mula bercinta ..
Berubahnya 99%

Bukannya aku jeles ,
Tetapi di mana yang lama mereka ?
Yang sering berborak ,
Menceritakan masalah dengan aku ?

Ouh , lupa ..
segala masalah telah diceritakan kepada pasangan mereka .
Wahai sahabat yang sedang sebok bercinta ,
Semoga kau berbahagia & semoga jodoh hingga ke akhir hayat kelak .

Wahai rakan yang masih ada bersama ku ,
Ku pohon jangan la membenci di antara satu sama lain ,
Jujur itu indah ,
Jujurla pada aku jika kesalahan itu berpihak padaku .

Tak pernah berdendam ,
Jahat mana pun rakan yang perlu ada ada ,
Sayang tetap seperti mana pertama kami aku mengenali .
_________________________________________________________________________________

Emm sudahla , sedih la macam ni nak bersedih2 hahaha . Alhamdulillah dah habis trial , result pun baru 4 ketul keluar . Result nanti la tunggu semua keluar . lagi 1 bulan je nak spm ni . berdebar ? gila kau tak berdebar . Paling dinantikan dari aku darjah 6 ! hahaha . Akhirnya tercapai juga aku nak ke form5 . ( sebab tak sabar nak habis sekolah ) . To be honest , aku adalah seorang remaja yang pemalas pada zaman dulu (gelabah je dulu) , kuengkueng , tadala pemalas tu time umur f1-4 . Hahaha malas terok , tk suka belajar , form 4 dapat kelas 4B (SAINS) , gi keluar hahaha sbab tak minat , bila dah keluar datang la menyesal tapi tapala aku masuk kelas aliran seni/perdagangan/tassawur ni pun mencabar dan benda tu aku minat . Bila minat pasti la boleh bawak . Tahun ni aku berazam dngn diri aku " belajar misha belajar " . Okay awal tahun masuk sekolah , rajin dia takyah cita , rajin teruk , hahaha balik sekolah terus belajar , smpai dah bulan 3 macamtu dah datang balik spesis malas ni . Aku kejutkan la diri " tak boleh biarkan , bahaya , aku spm , bila lagi nak banggakan ibuayah dengan diri " " apa aku nak buat eh ? " " cintakan buku ... okay aku try cintakan buku " .

Bermula la kisah percintaan aku dengan buku-buku .
Alhamdulillah hubungan kami semakin erat!
Hahaha .
Alhamdulillah , disebabkan aku ikhlas bercinta dengan buku , result pertengahan tahun aku pun membahagiakan aku .
NO MORE GAGAL SEJARAH AND MATH OKAY!! (PALING PENTING)

InshaaAllah SPM "A+" semua subjek .

Ya Allah makin jatuh cinta dengan math pula lepastu ,
Bila dah tahu , berlagak sungguh " ekele senang je "

Amikk kau trial haritu , keluar dalam KBAT pula .
SO ? GERAKLU PAPER ROGER !

Hahahaha tapi Alhamdulillah dapat C pula result trial math ni .
(sedihnya sebb target B , but its okay , nak suruh aku bercinta dengan buku lagi la tu )

Bila dah terbiasa study ni ,
Aku mula rasa seronok .
Indahnya belajar dengan hati yang ikhlas .

Kenapala dari dulu ....
Ok stop,
Siapa suruh tak sedar dari dulu!
Marila ketawakan zaman malas kita dahulu *

Hehe tapala , sekarang fokus spm !
Goodluck batch saya!
All the best !
Jom capai bintang bersama saya .
Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urursan !
(make sure kena usaha bukan doa je k guys )




Life

Tuesday 31 May 2016

___________________________________________________________________

Buat baik ke buat jahat ke , tetap ada orang benci .
Kadang-kadang tak buat apa-apa pun orang tetap mengata .
Tak faham dengan orang zaman sekarang .

Sedar tak sedar ,
Kawan yang kita sangka terbaik pun ..
Sebenarnya kat belakang cakap lebih dari kita sangka .

Tak marah , tak benci ,
Hati cuma tercalar bila orang kerap memandang buruk ,
Walau diri tiada salah .

Bukan nak mengata ,
Tetapi ,
Ya , mungkin diri ini juga melakukan kesalahan ,
Tapi bila terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan ,
Siapa saja tidak terkejut ?
Cuba untuk diam , tapi kadangkala , terlepas ,
Tiada niat nak lepas ,
Tapi marah menguasai .
Calar semakin banyak .

Tapi tak apa ,
Calar itu boleh disembuhkan ,
Dengan ?
Tabah dan sabar .

Terima kasih kepada sesiapa yang sengaja atau tidak sengaja dalam mencalarkan hati ini .
Maaf juga jika diri yang kerdil ini juga turut mencalarkan .

______________________________________________________________________________



Musuh adalah musuh .
Kadang-kadang mereka membenci kerana cemburu akan kebolehan kita .
Zaman sekarang ,
lebihkan kepada kesempurnaan .

Nak relay sempurna la ,
Hidup sempurna la , 
Fashion ,
Kawan nak yang hipster2 saja ,

Itu la yang tergilakan oleh orang sekarang terutama remaja .
Lagi menunjukkan contoh yang tak baik untuk bakal wira pada satu hari .

Paling sedih yang berubah kerana kawan .
Lagi-lagi kita sendiri lihat kawan kita berubah kerana tersalah pilih rakan .
-pengaruh rakan sebaya-
Alahai sedih tengoknya ,
Nak tarik balik ,
Tapi diri ni terasa sangat kerdil ,

Harap mereka sedar satu hari nanti .
Ameen .


__________________________________________________________________________


Sedih kan ?
Bila hidup ini ..
Lakukan kebaikan orang tak nampak ,
Lakukan kejahatan sekecil kuman ...
Orang nampak dan ingat sampai bila-bila .

Pernah rasa ?
Perit kan ?

Tapi tak apala ,
Selagi kita tahu benda tu betul ,
Terus kan .

Yang betul terus kan betul ,
Yang salah dibetulkan .

Rindu sangat ,
Zaman kanak-kanak ,
Ceria , gelak ,
Masatu terasa suci je diri hehe ,

Sekarang dah besar ,
Macam-macam kita alami ,
Lalui hujan lebat ,
Mendaki gunung yang tinggi ,
Semata-mata untuk meneruskan hidup .

Tapi tula ,
Apa aku dapat ,
Teruskan ,
Niat kerana Allah .
Itu penting .

Semoga istiqamah wahai diri .


Wednesday 27 May 2015

Alhamdulillah .
Gembira tak terkata dapat pijak kan kaki dekat Madinah dan Makkah .
Rasa macam dalam mimpi .

Tapi sekarang ..
Sedih je .
Rindu yang amat .
Walaupun baru je beberapa hari balik .
Hati dengan badan ni rasa macam ada dekat sana lagi .

Kalau boleh memang taknak balik .

Harap nanti dapat pergi ke sana lagi .
Amin .

Apa perasaan aku waktu pertama kali nampak kaabah ?
Sekali pandang sahaja ..
Mata terus kumpulkan air mata .
Rasa sebak yang tak terkata .

Yela sebelum ni aku hanya like gambar kaabah dekat fb .
Retweet dekat twitter " rt kalau teringin nak pergi " .
Tetiba sekarang depan mata .

Jangan kata la waktu buat tawaf .
Sebak tu macam apa dah .

Dapat ziarah semua tempat yang Rasulullah pernah pijak .
Gua hira' dan sbagainya .

Gua Hira' tu memang sangat tabik dengan Rasulullah .
Tinggi yang amat .
Kitorang naik waktu malam around pukul 11 .
2 jam nak naik .
Tinggi dan sangat-sangat memenatkan .
Tiap kali berhenti untuk berehat kejap terus terbayangkan
betapa kuatnya Rasulullah .

Mungkin selama ni aku sedikit lalai tak nak ambil tahu sedikit sebanyak tentang sejarah Rasulullah .
Tapi bila ustaz / mutawif kami bercerita ..
Hati ni rasa macam ..
Betapa sayangnya Rasulullah kat kita .
Walaupun dia tak pernah jumpa kita tapi dia buat macam-macam untuk menegakkan agama Islam .
Ya semuanya untuk kita .

Banyak lagi tempat yang kami pergi untuk melihat perjalanan Rasulullah .
Kami juga melihat dimana Rasulullah dilahirkan .

Di Madinah .
Aku dapat solat di depan Rhaudah dan mahkam Rasulullah .
Sebaknya hati ketika solat .
Walaupun entah berapa ramai di dalam itu .
Kadang-kadang waktu sujud orang memijak kepala aku dan sebagainya .
Tapi bila kau berada di situ kau tak akan fikir dia pijak atau apa .
Kerana apa ?
Kerana masa itu kau bersama Rasulullah .
Kau hanya berdoa dan berdoa .
Tanpa menghiraukan orang sekeliling .

Tenang bila berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah Dan Masjidil Haram di Makkah .
Rasa macam ..
Entah la.
Tapi jujur dari hati memang rasa tenteram .

Alhamdulillah juga group aku semuanya baik-baik .
Sehingga ustaz/mutawif sendiri kata bahawa jemaah kalini banyak tolong Ustaz .
Gembira bila Ustaz cakap macam tu .
Ni pun tengah rindu semua jemaah .
Haish .
Kalau boleh nak je duduk dengan dorang dekat sana bersama .
Dah macam keluarga .
Yela hampir 1 bulan bersama .
Dari Turki ke Madinah dan ke Mekah .
Waktu balik dekat KLIA tu .

Pergh sebak gila .
Tengok dorang menangis lagi sebak .
(aku la paling muda dalam jemaah hehe)
Waktu bersalaman dengan semua tahan je air mata ni .
Bila dorang bagi kata-kata semangat suruh belajar rajin-rajin la apala .
Memang jatuh terus la air mata yang duk tahan dari tadi tu .

Dekat group ws .
Kecoh betul group ni hahaha .
Gembira tengok jemaah semua berborak dalam tu .
Tak dapat jumpa dapat berchatting pun jadi .
Semua duk sibuk kata rindu-rindu .
Memang rindu .
Hanya Allah yang tahu betapa rindunya .
Ni pun aku dah beberapa hari ni asik layan Makkah/Madinah TV Online .

http://makkahlive.net/makkahlive.aspx

Tengok la sekali hehe .
Best .
Nanti kau rasa macam kau berada dekat situ .


Ni pun kepala still biul ni .
Sebab kepala masih set masa dekat sana .
Sana kan waktu dia lain .
Sini lain .
Em hahaha memang masih biul .

Dekat sana budak-budak dia malam tak tidur .
Dorang tidur petang esok tu .
Kenapa ?
Sebab malam cuaca dia sejuk .
Yela dari pagi smpai petang cuaca dia 46 darjah .
Malaysia yang 27 darjah pun semua dah merungut .
Tu yng aku pelik tu time balik dari gua hira around pukul 2 macam tu .
Ada budak main kat taman permainan dengan family dia semua .
Esok tu baru tahu kenapa .

Ya Allah .
Bawa la aku ke sana semula .
Bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain .
Rasa macam nak patah balik masa !
Sedih sangat ish !
Nak duduk kat sana hm .