Sunday 29 December 2013

" Bila lelaki and perempuan jadi kawan baik "

 Kalau mengikut drama haha lelaki and perempuan ni kawan baik an , perempuan tu ada pakwa , kawan baik dia selalu tolong untuk lebih rapat dengan pakwa dia, bila gaduh pun dia tolong relay perempuan ni , bila perempuan ni gaduh dengan pakwa dengan teruk or pertunangan tak jadi ke haha , last-last dia bercinta and berkahwin dengan kawan baik sendiri jugak . Drama centu la , tapi betul jugak kata drama hahaha , sebab kawan baik bukan kawan baik la macam kawan rapat , ha bila dorang rapat dari dulu , so masing-masing sentiasa meluangkan masa sama-sama , tolong each other semua la , dengan berlakunya situasi ini hahah perasaan suka tu mesti ada , walaupun sedikit , mesti ada punya la sebab orang tu la yang ada waktu kita susah . Sometimes relay pasangan couple rosak pun sebab "jeles" , macam pakwa dia ada kawan baik perempuan and pakwa dia dah terbiasa keluar and share problem dekat kawan baik perempuan dia tu , so awek lelaki ni pun timbul la jeles , bila jeles gaduh , bila gaduh , habis dah kisah cinta hahaha .

" Mengharapkan balasan "

Manusia suka "mengharapkan balasan" , contohnya macam , Haikal bagi hadiah hari jadi dekat Haliza waktu birthday Haliza , tapi bila birthday Haikal , Haliza tak bagi pun hadiah harijadi . Bila Haliza tak bagi hadiah dekat Haikal , Haikal mula bersangka buruk dekat Haliza , macam " aku dah bagi hadiah waktu harijadi kau , kau bukan nak bagi dekat aku , tak reti hargai ke " , bukan ke benda tu terang-terang perangai dia "mengharapkan balasan and dia tak ikhlas beri sesuatu dekat orang" . Maybe dia bagi hadiah dekat orang semata-mata dia nak orang bagi hadiah dekat dia jugak . Tapi kalau dah bagi or nak bagi something dekat orang kena la buat dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan . Kenapa nak orang harapkan balasan , beri dengan ikhlas pun dah cukup , kalau nak jugak boleh je , tapi jdengan cara  .....  bila kita beri dengan ikhlas kita akan dapat balasan lain dari lain ,  Allah yang bagi , bila ikhlas Allah balas la something yang menenangkan hati so kita tak payah la susah-susah nak harapkan balasan orang ..

" Bila kawan kutuk belakang "

Sometimes kita kawan dengan dia rapat sangat , gelak tak berhenti , gurau senda , happy je selalu , tapi tanpa kita perasan dia kutuk kita dekat belakang , I mean dia kutuk waktu kita tak ada . Dulu aku macamtu , aku pernah buat macam tu , tapi macam bodoh jugak sebenarnya bila aku fikir balik aku buat macamtu , macam aku kutuk kawan aku sendiri sedangkan time aku susah aku cari dia jugak . Start dari aku fikir benda tu memalukan diri aku sendiri , aku try untuk move on , aku fikir panjang , aku tak patut buat macamtu dekat kawan sendiri  sebab dia kawan kita jugak dia orang yang tolong kita waktu kita susah . Bila aku try untuk think positive , aku dah boleh untuk jauhkan perangai tu . Entahlah manusia ni kan suka judge orang , bila-bila je boleh terlepas kata-kata nak "judge" tu . Sebabtu ada orang cakap " fake friends everywhere " , maksud ayat tu agak mendalam hahaha ayat tu macam cakap , " kita kawan 2 tahun , senyum sama-sama , happy sama-sama tapi dekat belakang kutuk sama sendiri "haha , apa aku cakap ni pun untuk diri aku jugak , untuk kebaikan semua orang hehehe

" Kata-kata terlepas "

Orang yang jenis main cakap je tak fikir perasaan orang . Actually orang macam ni kena pergi kaunseling hahaha . Orang macam ni sepatutnya kena belajar cara gunakan kata-kata . Orang macam ni main cakap ikut sedap hati , sikit pun tak jaga percakapan dia , macam jumpa orang yang kurang kurus , cakap depan-depan orang tu " gemuknya kau ni " , dengan cakap macamtu je , hati orang tu boleh terluka gila tau , kalau orang yang cakap lepas then dia mintak maaf tak apa la jugak ni jenis yang main cakap lepastu buat tak tahu je , macam tak ada buat kesalahan . Em haha dia kena belajar untuk fahamkan perasaan orang , dia kena tahu perasaan orang , cuba orang buat dekat dia mesti dia tak suka and dia marah , maybe dia terlalu pentingkan diri dari orang so dia tak kisah pasal hati orang lain tah lah jauh-jauhkan la dari perangai macam ni haha ..

Friday 27 December 2013

Bismillahirrahmannirrahim , harini hari last Jumaat untuk tahun 2013 , Wah sekejap je dah nak masuk 2014 , sayang pulak nak tinggalkan 2013 ni , haish waktu akhir-akhir tahun macam ni aku kurang suka sebab aku rasa sayang nak tinggalkan haha macam-macam kenangan ada , kenangan yang pahit and manis , masin tak ada okay tak lawak . Ramai cakap yang 2013 tahun yang paling bosan and macam-macam berlaku and dorang tak suka tahun 2013 . Tapi bagi aku best je haha , sebab bagi aku tahun ni aku dah berubah and perangai aku matured sikit daripada tahun sebelum ni , hahaha , setiap tahun mesti kita akan dapat benda baru , macam tahun ni macam-macam berlaku dekat aku , so bila ada berlaku tu , tak kisah lah perkara baik or buruk , dekat situ kita boleh dapat iktibar , daripada iktibar tu aku rasa macam lagi nak perbetulkan perangai aku sikap aku cara aku semua la hahaha . Benda buruk aku cuba elakkan dan benda baik aku cuba tetapkan . Kenangan yang best and manis tahun ni .. emmm haha setiap tahun hari yang paling best bagi aku Hari Raya sebab dapat jumpa saudara-mara lepastu ziarah kubur Nenek , Atok and saudara mara yang lain hehe . Kenangan buruk and pahit tahun ni pulak waktu aku mimpi something yang tak menyenangkan hati aku , dimana waktu tu aku mimpi aku meninggal , tersangat pahit kenangan tu haha tapi aku dah try move on untuk lupakan . Harap sangat 2014 tahun yang lebih bermakna hehe .

Dah besar dah aku ni haha , bila umur makin meningkat , perangai kita pun dengan perlahan-lahan berubah . Apa yang aku harap 2014 ni supaya aku lebih fokus untuk teruskan hidup dengan buat amal ibadah , belajar semuala hahaha , harap sangat aku punya markah periksa / pbs semua cemerlang nak jugak la sesekali buat parents happy hehe , sebelum-sebelum ni markah aku kurang menyenangkan sebab haha banyak main haish. Kalau aku boleh buat sesuatu dekat dunia ni kan , permintaan aku kan , aku nak dunia ni aman tanpa pergaduhan , terselisih faham , and kalau boleh aku nak manusia semua happy tolong sama sendiri , tak pentingkan diri sendiri , semua sentiasa faham diantara satu sama lain , tak kira la bangsa apa pun . Aku rasa semua orang nak macam tu haha , satu lagi perkara yang aku teringin nak tengok depan mata aku sendiri ialah jeng jeng haha aku nak orang yang miskin , orang yang oku , semua happy tanpa dorang risaukan diri dorang , aku nak tolong dorang sendiri , pergh kalau aku kaya dah lama aku tolong orang susah , kalau aku dah besar aku nak bawak kereta  sendiri haha nak pergi rumah penjagaan orang oku , aku nak bagi kata-kata semangat aku nak dorang teruskan hidup tanpa dorang rasa kekurangan diri dorang . Kalau boleh jugak , aku nak melawat rumah-rumah orang tua , rumah-rumah orang tua ni kebanyakan sebab anak dorang hantar , kenapa anak dorang hantar sebab anak dorang tak nak jaga parents sendiri , tu namanya anak tak reti hargai pengorbanan parents dorang , parents sendiri kot , ha ada juga yang orang-orang tua yang duduk dekat tepi jalan yang macam tak ada tempat tinggal tu , selalunya Kebajikan Masyarakat nampak dorang lepastu tolong and hantar dekat rumah-rumah orang tua , and ada jugak yang pergi sendiri dekat tempat tu sebab tak nak menyusahkan anak-anak dia . Kalau la aku dapat pergi / melawat rumah-rumah orang tua ni aku nak jaga dorang and layan dorang macam dorang parents aku sendiri . Bestkan kalau dapat buat semua benda ni , bila buat orang happy hati kita pun akan tenang bila tengok ..

Tak perasan pun dah panjang aku tulis hahaha okay lantak ah blog aku haha , hari Rabu haritu aku pergi Bukit Tinggi 2 hari satu malam , balik Bukit Tinggi singgah Janda Baik , dekat Bukit Tinggi apa yang aku suka bau angin dia wah gitu hahaha , angin dia segar gila , apatah lagi waktu pagi-pagi , waktu tu aku bangun pukul 06.03 wesh ingat hahaha , waktu tu semua tidur aku tak tahu buat apa , aku pergi ruang tamu bukak tingkap , nampak kabus je , bau dia , pergh segar serious segar haha , tak terkata haha segar gila , campur lagi bau yang macam pokok / rumpat lepas kena hujan , ha haha mesti ada yang tak pernah bau haha . Lepastu Janda Baik yang best nya sebab dia permandangan kampung hehehe , maklumlah aku ni tak da kampung , ada haha tapi bukan kampung yang betul-betul kampung , tepi ada sawah semua haha lepastu pagi-pagi dengar bunyi ayam bestnya hahaha , Janda Baik dia ada sungai semua lepastu memang macam kampung suasana dia pun best je hoho . Setiap kali aku pergi jalan-jalan dengan keluarga , aku mesti fikir kawan-kawan aku yang lain , maksud aku yang parents dorang busy ke apa ke , kalau aku jadi boss kan or Perdana Menterti ke ceh , haha aku buat bulan 12 semua cuti , kerja pun cuti semua cuti la haha supaya semua orang dapat meluangkan masa dengan Family dorang .. so biar semua orang happy wehehe

Haritu ada orang ask " Ada kawan baik tak ? siapa ?" and aku reply " otak sebut macam-macam nama , hati pulak tak tahu nak pilih siapa , mulut cakap tak ada siapa , faham-faham kan la hahaha " Rasanya semua orang tahu apa maksud aku , apa yang aku jawab dekat soalan tu memang betul , kita ada ramai kawan , yang baik ramai , yang caring ramai , yang selalu buat happy ramai , bila orang tanya macamtu , otak terus fikir nama  ni nama tu macam-macam nama , lepastu hati terus macam " siapa aku nak pilih ni , nanti bila aku jawab nama dia , yang lain terasa pulak , so tengok-tengok mulut kita cakap " tak ada siapa " . Bila kita cakap " tak ada siapa " , nanti ada lah orang bukak mulut dok cakap kita ni " tak reti hargai kawan ke , takkan sorang kawan baik pun tak ada " ha tu yang susah tu , manusia terus fikir benda lain , bila kita cakap fakta or jujur lagi dia fikir bukan-bukan pasal kita . Macam yang aku pernah update pasal kawan baik sebelum ni , maybe harini kita kawan baik tapi esok-esok kemungkinan kita strangers , tapi tak semua la , ada yang jenis memang dia jaga kawan dia , tapi tak ramai la macamtu , kebanyakan orang malaysia ni haha harini kawan baik , esok-esok kutuk sama sendiri , " dulu kata kawan baik , sekarang macam ni kau buat dekat aku " selalunya macamni la haha so lebih baik kita kawan je dengan semua orang jangan ada yang lebih ada yang kurang sebab nanti bila someone yang anggap kita kawan baik dia , tapi kita tak anggap , nanti yang anggap kita kawan baik dia tu , bila dia baca ada orang tanya  kita ke " siapa kawan baik ? " Kita jawab nama orang lain , so nanti hati dia dah terguris , ha faham-faham kan la dan hayati hahaha

Tuesday 24 December 2013


Zaman sekarang bila benci ke bila tak suka someone ke kan mesti pergi dekat ask fm orang yang dia benci tu and luahkan kebencian dia , sometimes ada yang sanggup buat acc guna nama orang lain semata - mata nak caci orang yang dia benci , ada jugak yang sampai cuba nak hack acc musuh dia . Em bagi aku la kan , bodoh la kalau buat macam tu , sebab dia tak fikir panjang , kalau tak puas hati tentang sesuatu boleh bincang tau , bincang dengan cara yang elok tanpa pergaduhan . Apa salahnya kalau nak jujur dekat someone tu kita benci dia , kalau salah pun sebab " takut dia terguris hati " bila orang tu terguris hati nanti ada la macam benda berlaku . Tapi kalau dia bagitahu pun okay je , so thats mean orang tu tahula apa kesalahan dia sampai benci sangat dekat dia . Ha'ah aku cakap macam senang je kan haha aku bagitahu fakta je .

Dey aku benci bila ada orang kata " Manusia zaman sekarang berdoa dekat laman sosial bukan dekat Allah " , yeah betul tapi , if orang yang doa dekat " lama sosial tu " dengan hati yang ikhlas , apa salahnya  ? Tak semestinya orang yang doa dekat Allah tu ikhlas macam someone yang doa dalam " laman sosial " . Tak salah pun nak berdoa dalam " laman sosial " yaa memang lebih afdal kalau berdoa menghadap kiblat semua ya i know .  Tapi kan Atoq cakap apa yang penting HATI kita , ikhlas ke tak , and kalau ada orang  tweet pasal dakwah or dia doa something untuk family dia , why kita nak hina dia sampai cakap dia tweet just nak perhatian  , kita tak tahu hati dia , mana tahu dia buat benda tu dengan betul-betul ikhlas , dia dapat pahala , kita complain kita dapat dosa , bila dia tweet something about " Agama " and ada orang retweet , bila orang retweet , followers orang tu boleh baca , and bila followers orang tu boleh baca , dia boleh dapat pengajaran jugak , dia boleh dapat iktibar jugak .

Cover phone aku hilang !! haha okay bunyi tak sedih tapi bagi aku sedih gila hahaha , cover phone Ayah bagi  pulak tu , haish Kakak kata dia letak atas kerusi bila tengok dah tak ada . Bila tanya balik dia tak ingat , Kakak  ni jenis cepat lupa , kalau dia guna pen , dia pegang pen lepastu dia tanya dia letak mana pen dia , kalau dia pegang remote astro memang bahaya bila dia lupa letak mana habis satu rumah kecoh , TAPI dia ingat kisah lama , macam waktu dia kecik-kecik dia berak dalam seluar semua dia ingat , tapi dia tak ingat benda yang baru berlaku , aaaa penyakit apa tah dia ni hahaha . Masalah satu lagi dekat rumah ni , Haris , dia ni pemalas gila nak solat , ada solat zuhur 2 rokaat je , ambil wudu macam mandi , lepastu tadi dia ajak main badminton , aku kata " solat dulu baru main " lepastu dia macam kena rasuk , dia menjerit , aku cakap lagi " solat la " lepastu dia jerit lagi kuat , serious macam orang kena histeria , lagi aku sebut " solat " lagi dia menjerit , aku tak tahu la apa fobia sangat perkataan " solat " dalam hidup dia ,  pelik tapi benar . Lepastu satu lagi , semalam Haris tidur lambat , dah pukul 1 malam macam tu , lepastu  kitorang malas nak tunggu dia tidur , Ayah pergi amik kain telekung , Ayah pakai lepastu Ayah duduk belakang kerusi .. Ayah buat bunyi hantu lepastu Ayah pun buat la gaya hantu , memang tak lah Haris ni menjerit , menjerit amik selimut tutup satu badan terus tidur hahahaha . Ibu tak join kitorang sebab Ibu sakit , semoga cepat sembuh ya Ibu , Amin Amin Ya Allah .

Monday 23 December 2013

Ada orang ask dekat  ask.fm  "misha kau pernah sedih tak" aku rasa tu soalan paling bangang abadi hahaha , semua orang pernah sedih , walaupun sikit , hahaha and Ibu cakap "Misha kalau ada problem cerita jangan pendam Adik dah besar mana boleh diam kan perasaan" . Jeng jeng jeng , setengah orang suka pendam setengah orang suka luahkan , aku suka dua - dua hahaha , sometimes pendam sometimes luahkan , tapi kalau luahkan pun tak semua , sebab kadang-kadang bila luah lepastu respond orang tu macam bangang , tapi tak semua orang la haha . Kadang-kadang tak semua benda kita boleh pendam kan , and tak semua benda kita boleh luahkan dekat orang . Tapi kalau nak luahkan dekat Allah boleh la , itu cara aku pada setiap malam , bagitahu apa yang aku tak suka apa yang buat aku gembira semua aku bagitahu dekat Allah , kadang-kadang bila kita luahkan dekat Allah , benda boleh jadi lebih baik dari luah dekat kawan , Allah dengar segalanya , tapi kawan entah suku je dia dengar .

Anip dah buat blog wah  "http://walawie.blogspot.com/" haha , baru buat blog dah lawa dah "tepuk sikit" okay aku sorang je yang tepuk...   tapi tak tepuk cuma type je , gelabah  je tepuk hahaha okay tak lawak . Haha kepada peminat Justin Bieber ce baca Anip tulis apa dekat blog dia pasal bersara tu hahaha habis la kena serbu dengan belieber .Anip kata aku sifu hahaha aku rasa macam berkuasa pulak bila dipanggil sifu haha katakooo . Ada orang marah aku kenapa aku selalu gelak , macam letak "haha" dekat belakang , aku rasa bukan aku je ... haha sebenarnya tak gelak pun cuma dah jadi tabiat , lagi pun macam style bila letak "haha" dekat belakang hahah , sebab bila tak letak macam bosan sangat ayat dia , kalau letak"haha" macam happy sikit hahaha , bagi aku kalau chat dengan orang yang tak gelak ke apa macam serious sangat aku anggap dia " conversation killer " , sebab ayat dorang membunuh perasaan aku ......

Seminggu ni kena jaga Haris ! Yeah , lama tak lepak dengan boyfriend ni , haha , makin tinggi dah sekarang , tadi petang bukak "Playboy itu suami aku" , layan drama do dia , terbeliak je mata , tersangat menghayati , tapi dia lebih menghayati bila tengok Ultraman . Sejak beberapa hari ni aku layan Bob Marley je , lepastu aku suka bezakan muka dia dengan Salam Musik , hahaha sama gila , paling sama rambut , lepastu aku mula la fikir benda bodoh , " macam mana dorang basuh and sikat rambut " . Kalau orang kutuk Bob Marley mesti abang polak sebab dia minat gila dekat Bob Marley sampai seluar semua nak ada gambar Bob Marley . Kalau macam tu aku pun nak tapi aku nak kat tudung , aku buat tudung aku ada gambar Bruno Mars , wesh macam orang bangang je pakai hahaha . Tak beli lagi barang sekolah emmm , tahun ni aku takdo semangat langsung nak sekolah , tapi kan bukan tahun ni je setiap tahun haha , sebab sebab sebab aku benci sekolah . Aku nak jadi pandai tapi aku tak nak belajar , haa bangang kan hahaha , rasa macam nak pergi ke form 5 terus je , haish tapi kena menghadap dengan SPM pulak ... haha tahun ni dah lah ada PBSMR , bestnyaa tak sabar sangat ........................................



Wednesday 11 December 2013



12/12 birthday Haris ! Dear my darling hahaha Happy Birthday Haris ! Jadila anak yang baik belajar rajin-rajin jangan selalu malas , mengeja pun malas , teruskan belajar dan belajar haha banggakan Mama and Baba , Ibu dengan Ayah , Ummie dan Ayah dan Pakcik Makcik yang lain haha  , jadilah adik yang baik buat saya  hahaha jadilah adik yang sentiasa mendengar kata-kata saya walaupun bagaimanapun , walau sejauh mana pun kita , hahahaa poyo je . So tahun ni Haris 5 tahun dah ! Wah dah besar haha dah handsome dah awek cantik dah semua dah ada , belajar je malas budak ni . Kurangkan la kencing dalam seluar tu dah besar dah , haish nak kencing pergi je la toilet , takkan nak pakai pampers lagi , dah besar dahhhh . Ultraman , raksasa semua tu mohon berhenti main hahahaha , tapala main je la asalkan happy haha . Ha Haris jaga solat tu Haris ni malas betul nak solat , suruh ambil wudu' tapi bila keluar toilet basah satu badan , pfft choi haha . Ouh ye semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hehehe , jadi la seorang lelaki yang baik cehwah haha semoga menjadi anak yang soleh , Amin , Haris nanti Haris dah pandai baca , baca la ye saya tulis ni hahahaha .

Sekarang tengah musim orang nak beli barang , sebab cuti sekolah dorang nak pakai untuk hang KOT or holiday yeah haha  , perkara yang aku tak suka bila ada orang nak beli barang , bila dia tanya macam - macam last-last tak beli , sekarang aku faham perasaan penjual-penjual yang lain yang sampai dah maju semua , haha mesti dorang perlukan perangai sabar yang cukup hahaha . Lepastu ada pula yang dah order macam-macam , lepastu last-last tak bayar , ada jugak yang order tote bag nak corak ni itu semua lepastu kata esok saya datang ambil , esok pagi tu dia sms " saya nak cancel la order " bag dah siap nak cancel , wah kretif kan pelanggan macam ni eeee hahaha . Aku suka lagi pelanggan yang mintak tote bag " awak buat la corak apa saya tak kisah " haaa tu aku suka gila , dia macam jaga perasaan penjual haha . Haritu ada orang tanya " sis ni size apa " aku pun bagi la size , ada m , l , xl , lepastu bagi ukuran sekali , lepastu dia tanya macam mana nak ukur , aku cakap la guna pita pengukur , dia tak reti jugak  suruh Mak dia ukur dia kata emm je , lepastu cakap kat dia nak beli ke tak nak , lepastu dia kata " boleh tolong ukurkan " kau gila dia duduk Sabah aku duduk Bangi takkan la aku nak terbang pergi Sabah semata - mata nak ukur hahaha , aku sabar je masa tu , aku suruh dia ambil pita pengukur , lepastu aku bagi link cara ukuran baju , lepastu dia pun ukur and beli , yeay pelanggan yang bersejarah dalam hidup .

11/12 Sawadikap semua wesh haha , Alhamdulillah selamat smpai pergi and kat sana semua selamat and berjalan dengan lancar percutian kitorang . Tersangatla banyak lelaki menyerupai perempuan hahaha geli gilaa . Make up tebal gila . Ada malam tu pergi town ada dalam 6 orang bapok sebijik macam perempuan dia ajak amik gambar em mahu haha dari jauh terpedaya dengan wajah dorang hahaha ingatkan perempuan sekali dorang bukak mulut dan bercakap ..... Suara lelaki tulen hahaha . Kat sana best tapi paling tak suka naik boat ... Dah lah aku mabuk laut , dalam boat pulak 2 jam dah bukan mabuk dah time tu dah gila tahap meksimum . Naik boat pun sebab nak pergi 4Island lawa Island dia , air dia jernih gila , dari jauh boleh nampak ilan kat dalam , tapi masin still masin haha time tu rasa macam dekat bora-bora pulak hahaha berangan . Kat sana setiap kali amik gambar mesti dekat belakang kitorang ada mat saleh , ramai gila mat saleh , dorang bakar badan dekat pulau gila la kitorang pakai baju pun dah terbakar kulit ni dorang lelaki ada yang tak pakai baju perempuan macam biasa ah bikini zzz haha . Benda aku tak suka bila dekat lapangan terbang masa nampak orang tua yang sorang-sorang naik flight , tak ada orang jaga atok tu kesian gila haish . Balik dari Thailand pergi Melaka hantar abang , dia ada class , alang-alang tu makan Ikan Bakar kat Melaka , kat sana kan sodap - sodap hehehe






Friday 6 December 2013

Semalam tengok cerita heart beat (korea), artis jadi ahli bomba , best kan kalau jadi bomba , doktor , sebab kita menyelamatkan nyawa seseorang , nyawa tu kan beharga , lepastu kita selamatkan nyawa dia , wesh hehe , macam kalau ada kebakaran , bomba selamatkan , kalau tak ada bomba , nak padamkan api tu ambil masa yang lama tau . Macam kalau ada orang nak bunuh diri lepastu dia diri atas tiang lampu ke dari tingkat 15 ke , ahli bomba yang datang selamatkan sampai nak kena panjat , masa ahli bomba nak selamat kan boleh je ahli bomba tu yang tak selamat , macam semalam dia tolong orang tu supaya turun jangan bunuh diri tapi lambat sangat so orang tu yang naik , orang yang nak bunuh diri tu selamat , salah seorang ahli bomba yang nak selamatkan dia tu yang cedera . Waktu kat hospital lelaki yang cedera tu cakap " Biar saya cedera asalkan orang tu selamat " , betul tu haha kalau dah selamat kan orang mesti hati rasa fuh lega gila . Orang korea kucing dalam longkang pun dorang call bomba untuk selamatkan wah , dorang kata kucingpun nak hidup , tapi tak tahu la Malaysia ada buat jugak macam tu .  Bagi tahu Ibu , Ibu dah besar nanti nak jadi bomba la , boleh selamat kan orang hehe tapi Ibu tak bagi respond. Tapi aku ni darah pun dah geli hahaha , eh eh bukan geli tapi takut ..

And haritu tengok cerita star king (korea), seorang Ibu ni datang bawak anak dia , and anak dia kurang upaya , em umur dah besar tak ingat umur dia berapa tapi akal dia umur 3 tahun . Anak dia penah menyebab kan separuh apartment terbakar , tapi tak adalah separuh , hampir kot tak ingat sangat , anak dia buat apa tah sampai terbakar , lepastu mak dia kena bayar banyak gila dekat jiran-jiran , tapi mak dia tak marah anak dia , sebab dia tahu anak dia lain dari lain . Mak dia cakap " Saya harap saya hidup lebih satu hari selepas anak saya meninggal " cuba renung-renung kan ayat tu ceh haha , maksud nya dia harap dia hidup lebih sehari so dia boleh jaga anak dia , kalau dia pergi dulu sebelum anak dia pergi , siapa nak jaga anak dia ? siapa sanggup layan perangai umur 3 tahun macam anak dia tu ? Itu luahan Mak dia time rancangan tu ..

Cuti sekolah ni banyak layan drama and drama paling sedih and romantik gila drama Crazy liitlle thing called love , Mario Maruer berlakon , artis Thailand haha bukan game Mario tu haha okok . Best cerita dia , pergh kalau la Mario tu pakwa aku ceh hahaha harapan dalam mimpi sajala Misha . Tu pun Zahirah yang suruh layan hehe . Zahirah kan Raja Drama hehehe . Eh banjir teruk kan dekat Kuantan ....  sebab hujan nonstop , harini dekat sini cuaca dah cerah sikit , hehe kalau tak asik mendung je baju pun dah tak ada sebab tak jemur kan hujan ceh haha macam ada satu baju je . Semoga orang - orang yang berada dekat sana yang Banjir teruk tu selamat , Amin ..