Semalam tengok cerita heart beat (korea), artis jadi ahli bomba , best kan kalau jadi bomba , doktor , sebab kita menyelamatkan nyawa seseorang , nyawa tu kan beharga , lepastu kita selamatkan nyawa dia , wesh hehe , macam kalau ada kebakaran , bomba selamatkan , kalau tak ada bomba , nak padamkan api tu ambil masa yang lama tau . Macam kalau ada orang nak bunuh diri lepastu dia diri atas tiang lampu ke dari tingkat 15 ke , ahli bomba yang datang selamatkan sampai nak kena panjat , masa ahli bomba nak selamat kan boleh je ahli bomba tu yang tak selamat , macam semalam dia tolong orang tu supaya turun jangan bunuh diri tapi lambat sangat so orang tu yang naik , orang yang nak bunuh diri tu selamat , salah seorang ahli bomba yang nak selamatkan dia tu yang cedera . Waktu kat hospital lelaki yang cedera tu cakap " Biar saya cedera asalkan orang tu selamat " , betul tu haha kalau dah selamat kan orang mesti hati rasa fuh lega gila . Orang korea kucing dalam longkang pun dorang call bomba untuk selamatkan wah , dorang kata kucingpun nak hidup , tapi tak tahu la Malaysia ada buat jugak macam tu . Bagi tahu Ibu , Ibu dah besar nanti nak jadi bomba la , boleh selamat kan orang hehe tapi Ibu tak bagi respond. Tapi aku ni darah pun dah geli hahaha , eh eh bukan geli tapi takut ..
And haritu tengok cerita star king (korea), seorang Ibu ni datang bawak anak dia , and anak dia kurang upaya , em umur dah besar tak ingat umur dia berapa tapi akal dia umur 3 tahun . Anak dia penah menyebab kan separuh apartment terbakar , tapi tak adalah separuh , hampir kot tak ingat sangat , anak dia buat apa tah sampai terbakar , lepastu mak dia kena bayar banyak gila dekat jiran-jiran , tapi mak dia tak marah anak dia , sebab dia tahu anak dia lain dari lain . Mak dia cakap " Saya harap saya hidup lebih satu hari selepas anak saya meninggal " cuba renung-renung kan ayat tu ceh haha , maksud nya dia harap dia hidup lebih sehari so dia boleh jaga anak dia , kalau dia pergi dulu sebelum anak dia pergi , siapa nak jaga anak dia ? siapa sanggup layan perangai umur 3 tahun macam anak dia tu ? Itu luahan Mak dia time rancangan tu ..
Cuti sekolah ni banyak layan drama and drama paling sedih and romantik gila drama Crazy liitlle thing called love , Mario Maruer berlakon , artis Thailand haha bukan game Mario tu haha okok . Best cerita dia , pergh kalau la Mario tu pakwa aku ceh hahaha harapan dalam mimpi sajala Misha . Tu pun Zahirah yang suruh layan hehe . Zahirah kan Raja Drama hehehe . Eh banjir teruk kan dekat Kuantan .... sebab hujan nonstop , harini dekat sini cuaca dah cerah sikit , hehe kalau tak asik mendung je baju pun dah tak ada sebab tak jemur kan hujan ceh haha macam ada satu baju je . Semoga orang - orang yang berada dekat sana yang Banjir teruk tu selamat , Amin ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment