Sunday 15 March 2015

OMG BERHABUKNYA ! hahaha
Hye ! long time no see hehe .

Cuti sekolah penggal pertama sudah bermula .
Tapi dah isnin dah ni .
pejam celik pejam celik dah hari jumaat nanti .
Huh , seminggu rasanya macam satu hari je .
Aaaaaa cepatla bulan 12 hahahahha .

Tadala nak cerita pasal cuti sekolah .
But but...

Aku kan sekarang duduk dengan atok ,
Sebab sekolah tu dekat dengan rumah atok ,

Ouh ya before that ,
SMK PUTERI WILAYAH .
Dah jatuh cinta sedikit dengan sekolah ni .
But nahh , jalan 3 tetap di hati .

Sambung kepada cerita ,
Haritu atok bawak aku keluar makan tengah hari .
Lepas aku balik dari sekolah .
Tada la jauh mana ,
Dekat je dengan rumah atok dalam 4 miutes dah sampai .

Kau tahu apa yang buat aku tersenyum tanpa henti ?
Waktu aku datang ke kedai itu ,
Atok dengan bangganya menceritakan bahawa ..
Aku ini cucunya kepada kawan-kawannya di kedai itu .

Hati tiba-tiba terasa sayu yang amat .
Terbayang-bayang wajah arwah nenek ketika melihat atok .
Alangkah indah jika arwah nenek turut bersama ketika itu .

Ada seorang pakcik ini datang ,
Lalu atok mengangkat tangan kepada pakcik itu .
Kemudian atok menceritakan ..
"Dia tu baru kehilangan isteri dia"
" Atok dah suruh dia kahwin lain , tpi dia taknak " .
" Yelaa kita bila dah tua , kena ada orang jaga "
"Sebab tu atok kahwin lain"

" Anak-anak semua sebok berkerja lepastu semua jauh dari rumah atok "
" Itu sebab atok kahwin "
" Kalau tak siapa nak jaga atok kalau atok demam ? "

Hanya mampu tersenyum ketika aku mendengar itu ,
Ayat itu terasa amat dalam ,

Tiba-tiba je waktu tu ,
Air mata hampir terjatuh .. Tapi cuba menahan nya .
Entah kenapa tiba-tiba terigat akan ayah ,
Dah banyak aku melawan kata ayah .
Teruknya aku ...

Betul kata orang .
Ibu seorang atau seorang ayah boleh menjaga mungkin lebih dari 5 anak mereka ,
Tetapi kenapa zaman sekarang  seorang anak pun susah sangat  nak jaga mereka .

Aku teringin sangat nak cepat membesar .
Sebab aku nak balas jasa mereka .
Aku nak berjaya and tunjukkan pada mereka .
Tapi ..
Dalam masa yang sama .
Aku takut .
Aku takut kerana semakin aku dewasa semakin mereka meningkat umur .
Aku takut kehilangan mereka .
Sumgguh aku tak boleh bayangkan bagaimana seorang anak hidup tanpa ibu-bapa mereka .
Betapa kuatnya mereka yang tidak mempunya ibu-bapa .

Ni ..
Ada lagi yang buat rasa ingin menitiskan air mata .
" Nanti kampung ni akan dibesarkan , nak bangunkan jadi bandar "
" Tapi waktu tu atok dah tak boleh tengok dah kampung ni bila dah dimajukan "
Kau faham apa maksud dia ?
Kau faham maksud disebaliknya ?



Kita telah kehilangan Tok Guru Nik Abdul Aziz ,
Yang banyak memberi pengajaran kepada umat islam ,
Yang sangat kuat walaupun ramai menghinanya .
Kau tahu kenapa orang-orang alim selalu pergi dahulu ?
Sebab kalau kau pergi shopping kau pilih baju yang mana ?
Yes , baju yang cantik .
Sama macam kau pegi taman bunga .
Bunga mana kau petik dulu ?
Yes , bunga yang segar dan indah dimata kau .


Bulan 6 aku akan gerak semula ke sekolah jalan 3 ,
Rasa gembira sebab dapat jumpa kawankawan disana kembali .
Tapi dalam masa yang sama ,
Sedih ,
Sebab nak tinggalkan atok .
Aku harap , aku boleh bawak atok duduk bersama dengan aku .

Lagi-lagi waktu pukul 3 dan 6 akan ada orang datang mengaji ,
Kemudian atok membetulkan jika mereka salah .
Kata atok
" ilmu agama ni kita kena ajar , sebab ilmu ni meang wajib di ajar , kalau kita tahu ilmu agama tapi kita taknak ajar , berdosa tu "

Ya Allah , kau panjangkanla umur atok .