Wednesday 28 August 2013


Jumaat ni Ibu pergi bercuti dengan kawan Sabtu baru balik , ai mana adil tak ajak family haha . Ahad ni open house classmate , budak lelaki yang cakap nak beraya , em alang - alang baik buat satu classmate , Ibu kata nak masak mee sop , kan best kalau Ibu Ayah masak nasi ayam , sedap gila em dap nya hahaha . Hari sukan dah nak dekat dah , semua rumah sukan tak cukup ahli perbarisan ha ha , kadet polis ni krikkrik je , kata haritu latihan setiap Sabtu tapi dah tak ada latihan dah , Syafiqa kelas E cakap cikgu curuh masuk perbarisan jugak sebab kadet tinggal kan cikgu dh bagitahu budak pagi supaya buang budak petang , ha ha macam tak lawak je cikgu , selamba je nak buang kitorang , tak nak pun masuk sukan ni , dulu masuk lari pun nombor 3 , segan saja haha , tapi teringin nak jadi ketua komandooooooo haha .

Merdeka dah nak dekat , Sabtu ni ! Kita dah merdeka selama 56 tahun ! hehe Perdana Menteri Najib ...  haha I want Mahadir haha eja nama tak reti tapi nak dia jadi Perdana Menteri choi . Em masuk pertandingan sajak merdeka , tapi Jumaat ni , dah dekat dah nak lawan , takut pulak , tapi Hamizah kata kalau nak tarik diri last sekali pun boleh jugak , tapi nak lawan tapi takut tapi nak tapi tak berani , sebab cikgu kata kelas 2 Cekal tengok nanti dengan budak yang masuk pertandingan sajak , haish gerun kita . Sabtu ni pergi rumah Dinie , kalau ada transport hopeeee ada la , nak pergi tak pernah pergi haha . Sekarang math makin lama makin susah , scary doo , makin tak faham , macam dah fedap hahaha , serious tak faham hem sedih gila orang lain semua faham macam ee gila la dorang ni gempak gila kot .

Harini dah puasa ke - 5 ! yeay , hahaha bangga well , haha Raya dah nak habis dah , so sad la , paling suka bila raya , first day raya dengar takbir raya , macam em best la macam menyambut hari yang mulia , memang mulia tapi macam haaa ye la best la siapa je tak suka raya , ada kata raya bosan semua , tak faham betulla haha , raya best setahun sekali je , lepastu  jumpa family yang belah sana sini semua , duit raya haha and dapat banyak makan ! best apa hahaha . Harini birthday Wakmi & Sumayyah ! Happy birthday my dear , pakcik and kazon haha Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki , Amin . Birthday Ibu nak dekat 15.9 ! hehe birthday Ayah , Bafiq , Kakya semua dah lepas , hohoho , nanti kitorang tiga adik beradik nak bawak Ibu dengan Ayah makan dekat hotel , guna duit kitorang sendiri hehe , kalau tak asik makan dekat redwork je hahaha tapi redwork sedap paling sedap butter prawn , kalau pergi sana order , ikan siakap , sayur asparagus , tomyam , butter prawn , sotong tepung and telur goreng !

Quotes jap : Perut makin kembung dan kurasakan diriku makin meninggi hem hahaha.

Friday 23 August 2013

Kesiannya Hajjar , Iman tak tahu cerita yang sebenar tapi bila tanya Iman , Iman kata percayala cerita Hajjar tu , semua nak backup Hajjar , em ha yeah dua-dua salah .... haa tak penting . Hahah , yeah harini dinner Pizza Hut , sedap gila .. haha Kakak suruh tinggalkan sebab dia pergi open house kawan , siapa je tak dapat tahan nafsu kalau dapat pizza ? hahaha melainkan orang yang memang tak suka pizza ... hahaha ok . Semalam anniversary Ibu Ayah ! hehehe Happy Anniversary Duhai Bonda dan Ayahanda cehceh , dah 20 tahun dah Ibu Ayah bersama membina keluarga yang bahagia hehehe , i love you sm mom & dad , hehehe hope Ibu Ayah tak gaduh - gaduh , panjankan la umur mereka Ya Allah ,  Amin

Esok ada sekolah ganti , sebelum pergi sekolah pergi rumah Alissa dulu , Ibu hantar , Kamilia , Fiqah , Aina tumpang kot la , Mak Alissa masak nasi ayam tak sabar nak makan haha , tak adala tak kesah pun makan apa . Ahad pulak open house rumah Shafiqah , harap dapat pergi , kalau pergi pun naik Khalilah , okay cerita semua macam nanyo je an tak apa blog sendiri , rilek je haha . Tadi Ibu bukak pasal dajjal , Ya Allah , takut gila , tanda - tanda dajjal dah banyak , Ya Allah ,  Allah je tahu segalanya , Allah Maha Besar . Lepastu dekat Mesir tu , siapa tak mengaku ada tuhan dorng yang lain tpi dia orang , siapa tak mengaku tu tuhan , kena tanam hiduphidup , Ya Allah berhentikanla peperangan di sana Ya Allah , lindungila sepupu Islam kami ,  Ya Allah berikanla negara ku ini negara yang Aman , Selamat kan bumi ini , Amin

Wednesday 21 August 2013


Kemalangan ? Lori ? Lori jatuh gaung ? Haish scary gila , em ramai meninggal dalam kemalangan tu , tak silap semua ada 49 tapi yang meninggal 33 tak silap la .. em yang hidup tu bila dia sedar mesti dia rasa macam bersyukur gila , ye la orang lain ada yang meninggal dia dapat hidup , macam mana lah perasaan dia , mesti dia fobia kan nak naik kenderaan terutama bas .. em yang meninggal tu , kesiannya , serious la scary gila kot , tak apala Allah dah tentukan semua tu .. ei sedihnya , bayangkan tu haih no no think positive , yang dah pergi biarkan pergi . Em pasal dekat Mesir , belum habis lagi kan perang ? Why nak serang serang ni ? aii tak ada otak ke , apa salah orang Islam , sedih tau bila baca orang Mesir tu nak mati masa peperangan tu sebab bila dia mati masa peperangan tu , itu adalah mati syahid , macam mana la dorang dekat sana , apa dorang rasa , ada baca haritu orang yang dah ditembak mati lepastu mayat tu dorang buat gaya , macam tangan letak kat kepala kaki kiri letak atas kaki kanan , ei menda ah dah la dah bunuh lepastu mainkan mayat pulak , ye la an orang jahat mana ada nak fikir .. Tadi ha dekat surau , haritu kipas tu punya depan tu memang dah tercabut , lepastu sekarang still guna kipas tu walaupun tak ada tutup depan , then tadi masa Imam baca doa ada bunyi macam mesin tau , rupanya kipas tu dia makin kedepan so bunyi tu bunyi pusingan la nasib baik ada orang tu sempat tutup suis kipas kalau tak .. tak boleh bayangkan la dah la ada orang solat dekat depan kipas tu .

Tadi sempat tanya kakak , if kipas rumah ni berupusing makin kedepan then terpelanting , apa jadi ? Kakak punya jawapan .. haha dia kata mati la kepala putus , lepastu rasa macam aa , dah tak nak ah guna kipas haha , lepastu kakak cakap lagi kalau budak tadi kena kipas tu then dia cedera , pengawas surau kena saman , huhh menusuk kalbu je ayat , rasa macam eh haaa lepastu bagi alasan ustazah la kena saman , haha takut la kalau jadi betul-betul kan bayangkan kitorang yang pengawas surau ni kena sama , gila tak cuak , lepastu kakak kata , tak ada aku nak jugak kau kena saman . Haha kuaja an ... Tadi harap balik sekolah nak jemur kain sebab pagi tadi lupa .. lepastu sampai rumah tengok Ayah dah balik , jeng jeng jeng , masuk je rumah , kena soal siasat kenapa tak jemur kain , hahaha haih sorry la Ayah ku , hehe em lepastu berbuka puasa dengan Ayah tadi , banyak gila Ayah beli makanan macam makan ramai - ramai padahal berdua je puasa , eceh ceh berdua haha , lepastu Ibu bawak balik sate dari jamuan office Ibu . Harini pakai baju kadet polis , tak selesa gila dengan tudung separuh gosok haha , tak apala , homework banyak ni tapi menghadap laptop , ada sc ada sj ada eh tu je la haha , esok ada math alaa hilang mood nak belajar kalau ada math , tak tahu kenapa math memang tak faham tak masuk pun , kalau ada latihan kena tengok buku , kalau tengok buku pun entah boleh ke tak buat , tu yang pelik UPSR math A tu waish seumur hidup tak pernah math A .

Tuesday 20 August 2013

Bismillahirahmannirrahim, em yeay dah 3 hari puasa , actually nak buat 14 hari campur puasa ganti hahaha so buat sekali je , senang sikit , Ayah harini last rasanya puasa 6 sebab Ayah dah buat awal - awal haritu , Ibu harini tak puasa sebab ada jamuan , Kakak pun tak nak puasa harini sebab dia kata dia ada jamuan makan untuk diri dia sendiri sebab dia nak beli uncle bob , ha ha dia buat lawak macam tak boleh makan uncle bob waktu berbuka je , menyampah betul haha . Pagi tadi sahur berdua je dengan Ayah , kitorang makan ayam penyet , Ayah bawak dari Johor , tu la bila ayah ada kerja dekat Johor mesti Ayah makan ayam penyet , ni first time Ayah bawak balik rumah haha , apa yang best ayam penyet Ayah beli tu , em sambal dia pedas gila la , tapi sambal dia manis sedap lepastu ayam dia tak macam ayam lain , dia lain sikit , hehe overall ayam penyet dia is perfect hahaha. Semalam baru nak buat folio sains , em malam semalam , siap je , apa tak siapnya kalau search lepastu copy paste hahaha . Tu pun 9 halaman je , tapi tak apala cikgu kata buat kerja biar ikhlas , ikhlas la ni cuma copy paste je hehehe .

Baju kelas dah bagi kat semua kecuali yang belum bayar , malas tahu nak tunggu dorang bayar sikit - sikit ceh haha tak apala macamtu la nak jadi penjual hehehe hohoho hahaha , cikgu Ezlin pun beli hohoho . Ahad ni geng Azwa nak datang rumah , lama Azwa tak datang . Pelik la orang panggil Azwa .. Fana/Fanot/ , haha bukan apa sebab dah biasa dari sekolah rendah panggil Azwa sampai sekolah menengah haaa kau nama glamour terus , tapi lagi sedap Azwa , unik sebab jarang ada kawan nama Azwa , haha okay banyak songeh pulak nama dia sukahati dia la hahaha. Hasif dah bagi dah memory card 4gb thank you dude , duit tak bayar lagi , kat situ tulis RM 33 tapi dia suruh bayar 30 je , bagus . Sekarang dah nak pukul 11 lebih tak mandi lagi ni ,baju tak gosok , apa pun tak buat , malas tahu , malas nak bergerak tu yang paling penting , haha.

Sabtu ni ada sekolah ganti , jadual hari Selasa , tapi Alissa buat open house , tak tahu nak pergi yang mana , ceh haha poyo je , Ahad pulak Shafiqah buat open house , Ahad boleh pergi kot selepas geng Azwa balik pergila..... tapi tak ada transport la .. haha Ibu pergi kelas ,  Ayah kerja , Kakak nak bawak ? emm sangat boleh , Abang tak balik rasanya ala kalau dia balik pun dia nak hantar guna apa , motor dia kan rosak , eksiden haritu kawan dia bawak , motor teruk , kawan dia hospital , haha teruk la tu tapi rasanya kawan dia dah sihat , hehe , kawan Abang an semua badan tago sado gila , time datang raya haritu , gila la badan , dorang dah la pakai baju rugby , rugby punya baju an fit , lepastu pfft gila ah hahahaha , tapi Abang paling besar la sebab Abang dah la gemuk lepastu badan tago nampak macam haa... hahaha , Abang badan paling besar tapi Abang umur paling muda haha aneh , entah bila la Abang nak wakil Malaysia ..

Saturday 17 August 2013

Em esok Ahad , nak sekolah dah .... tak ada semangat langsung sebab still nak beraya hehe. Uuu Aina cakap kita kerek la haha , em haha tada ah time kat rumah cikgu Ezlin tadi demam kot , em tak tak baru baik demam hehe . Lepastu bila nak cakap dengan Aina takut Hanis marah je , so biar kan je la , layan Inarah je kat sana . Tak makan pun kat sana tadi , tak boleh masuk perut , nak cakap kenyang takdala , haha macam biasa la tu badan kurang air nak masuk dalam badan makanan pun susah , dah la makanan semua sedap , nafsu tahan je tadi hahaha . Ouh ha lepastu macam nak makan tau nampak aiskrim and ada keropok dia tu corn eh apa tah lepastu bila dah semangat nak makan pergi depan ais krim habis , hahaha fikir lawak ke ada selera kot time tu haha last last makan keropok roda je tapa la rezeki ceh haha , tapi em not bad la tadi , cuma sebab tak sihat tu yang tak best sangat ceh banyak songeh kan hohoho . Hasif an belikan memory card terharu gila tapi kena bayar la kalau free lagi terharu gila gila gila gila ceh haha

Eh agak respect la dengan Najmuddin tadi , nak beraya mintak izin dulu hahaha sebab selalunya mana ada lelaki nak beraya datang rumah mintak izin , sebelum ni kawan kawan main datang je , bagi salam lepastu kami datang nak beraya , tak akan nak halau . Tadi pagi dalam 10 lebih kawan datang raya , tak ramai pun datang , ajak punya ramai , tapi ajak perempuan je la tu pun yang datang Shafiqah , Aina , Aida , Yuhaira , Fatin , Raidah , Nisha , Wawan , emm tu je kot hahaha lepastu ada jiran datang , budak - budak la , tanya dorang nak makan sekali ke nak duit raya je , hahahahhaha lepastu dorang jawab nak makan sekali la dah haus haha okay bawak je la masuk . Maybe dorang haus sebab pergi banyak rumah lepastu bagi Salam kuat - kuat lepastu penat haha . Tu pun ada nasi impit , kuah lodeh , kuah kacang , sambal and kuih raya je pun tadi , tapi asalkan ada , Bersyukur dong .


Tadi Fiqah kata Aidil kirim salam ! Fuhyooo , terharu kot lama gila tak contact dia , Aidil hakeem tu ceh hahaha lama gila tak contact still ingat lagi first kenal dia haha , mana lagi kenal mesti la facebook , haha . Lepastu selalu text best la dia sporting , selalu jumpa dia kat luar tapi dia je tak perasan haha . Tadi nak mintak tolong Salman tau lepastu dia reply dia tak kenal ni siapa , sakit je hati haha dah la tadi otak senget sikit sebab pening . Em ouh haaaa em haa haha rasa nak nangis bila Puan Ezlin peluk tadi lepastu sapu belakang , Puan Ezlin tahu my problem , terluahkan kat teacher hehe lepastu teacher cium pipi kiri kanan kiri hahaha idk why but first time tapi terharu bila teacher peluk time balik tu , time cerita problem kat teacher , teacher bagi semangat gila la , semangat teacher buat jadi kuat .

Sedih pulak haha okay tadi Fatin lepak rumah sampai em asar tak silap , kitorang cerita macam mana kitorang boleh kenal haha , paling sweet cerita yang paling tak boleh lupa masa Amnan baling pemadam papan hitam yang kayu tu dekat my kepala . Hahaha gila ke tak sakit time tu sakit gila sampai menangis , em lagipun time tu darjah 3 bodoh bodoh lagi haha , lepastu Amnan cuak gila tau sampai amik tissue lepastu pergi toilet basahkan tissue lepastu lap kan kat luka tu , aaa sweet gila kot hahaha , lepastu dia tiup-tiup bagai , haha Fatin pun ingat time tu , sebab Amnan dulu macam pondan sikit tau kawan dengan perempuan time hari Jumaat dia ponteng solat Jumaat tau lepastu main lari lari dengan kitorang sampai dia balik benda alah tu , maybe time tu otak dia senget jugak hahahahaha

Tadi pergi rumah teacher Ezlin tapi Family pergi rumah Cik Nora ! Jeles la gila tak jeles dorang pergi tiba-tiba , Ibu ada whatsapp ajak , lepastu Ibu kata Ibu tunggu adik balik , sekali dah pukul 9.30 malam  takkan nak pergi rumah orang pukul 10 malam kan , lepastu Ibu Ayah KakYa Bafiq pun pergi meninggalkan diriku sendiri . Haha tapi nasib Cik Nora bagi duit raya suruh siapa tah pegang ! Hahaha yeay tak pergi pun still dapat tau hehehe .

Tuesday 13 August 2013

Yeay Yeay Demam ... Ee tak sukanya haha tapi kalau Allah bagi kita sakit ada la tu hikmahnya , hehe ni pun time balik jogging tadi sakit gila kepala pening gila laa haha . Ouh yeah pagi tadi kitorang jogging dekat Taman Botani , dah selalu dah pergi tapi setiap kali pergi mesti amik gambar dekat tempat yang sama haha , Taman Botani em idk why tapi dia tak jaga sangat , jambatan atas sungai tu pun kayu dia dah hem yeah dah ha ye la paku semua dh tk kuat haha , scary la , sepatutnya kena betulkan , dia punya taman semua dah macam rosak sikit , tapi sepatutnya kitorang naik basikal tapi basikal habis so jalan je la , yang pergi pun Ibu , Kak Ya , Cik Ya , Cik Apis , Kak Ika , Alia' , Farah pun ada hehe Cik Mai , Haris and Me , hohoho.

Harini raya ke-enam , tak silap hehehe , em kitorang balik Bangi hari Jumaat haritu  , Ayah memandu la macam biasa kalau pergi jauh Ayah la bawak haha . Lepastu balik dari Ipoh tu pergi rumah Cik Mai kejap em sebab Cik Mai ikut kitorang balik rumah sebab nak beraya keluarga belah Ibu . Ipoh kitorang pergi rumah Nenek sebelah tak silap Nek Teh , rumah Mamak , Rumah Uncle Gulam , Rumah ada sorang tu ha tak ingt hehe , Uncle Gulam sporting sangat , lama tak jumpa . Uncle Gulam kawan baik Ayah masa sekolah rendah , Dia pelakon tapi dia dah berhenti berlakon and jadi pengarah , haritu time raya dia buat cerita Mana Kuali Opah dengan Ketupat Palas apa tah haha dia suruh tengok sebab nak naik kan em apa tu markah eh haa ... haha cerita Ketupat Palas tu Uncle Gulam kata Che Tah cana nak ejaaaa ni nama dia hahaha Che Tah papejela kalau berlakon dengan dia susah panas tak nak , baju buruk taknak , haha best dengar dia mengumpat artis sebab dapat tahu perngai artis hehehe . Haa kan kitorang pergi rumah Cik Mai alang - alang kan beraya la sekali haha . Cik Mai beli motor baru la bhai haha . Lepas ambil Cik Mai pergi rumah Tok Mon & Kajang.

Semalam Ayah dah start kerja , semalam bersamaan Isnin la ha haha 12.8.2013 ceh hehe awal kan Ayah kerja haih susah betul la , nak luang masa dengan Family hem . Ibu kerja Khamis ni bersamaan 15.8.2013 kan .. eh ha betulla ha... haha hari Ahad haritu kitorang jumpa family dekat Kampung Bharu , rumah Atoq la , kitorang amik gambar semua , awesome baby haha . Esok tu ha semalam la , kitorang beraya rumah Umie lepas semua orang beraya rumah Umie , rumah Ibu pulak hehe , Umie masak mee kari tapi tak makan sebab kembung sangat perut hehe , Ibu & Ayah masak laksa hehe so sedap em nyam . Haha Ibu dengan Ayah masak masa bila pulak tak sedap an haha . Ouh ha ,  Ayah semalam dah start puasa 6 , hehe rajin Ayah , harini Ayah dah 2 hari puasa , em me and sister nak puasa time start sekolah sebab tak buat apa apa kalau kat rumah asik makan , Ibu pulak tak tahu la , sebab Ibu kata Ibu nak datang period haha , Ibu kata kalau sempat Ibu buat hehe , Abang Afiq pulak tak tahu la dia tu , tadi dia dah balik Melaka , kawan dia ambil dia kat rumah , alang - alang kawan dia beraya sekali hoho . Ibu bagi kawan Abang Afiq RM 10 tak silap lepastu kawan dia bangga , dorang kata raya ni first time dapat duit raya , haha em maybe sebab dorang dah besar tapi sebaya Abang Afiq tapi Abang Afiq dapat je haha , nvm la . Malam ni makan tomyam dengan sotong masak sambal sedap emm haha . Tadi Ayah bagi duit raya untuk kawan kalau datang rumah hoho tak tahu nak ajak siapa haha . Em tu la tu demam duduk depan Laptop lagi mana tak lagi pening ceh hehe .


Gambar raya tahun ni , hehe tak dapat ambil gambar betul-betul hish dah la sikit je gambar dengan family , dah la gambar ni tak ready nak senyum dah la gambar ni tudung time tu tak betul dah la time tu tak sihat sikit haha Pak Itam tak pandai tangkap la ceh haha . Ayah pakai purple hem sebab Ayah tak jumpa baju , hem sedih je . Ni pun nak cepat ni ambil gambar , tak ada pun gambar dengan Ayah sendiri semua , Ibu ada la , Abang Kakak em .. tah haha tapi nantila nak amik gambar dengan Ibu Ayah , lepastu Abang Kakak sekali la haha , tapi ada satu ni pun tak apa la asal kan ada , Bersyukur Misha hehe



Ni pulak gambar dekat rumah Atoq , ramai - ramai , tapi kat Ipoh tak ada pun hem sedihnya tak ambil gambar ramai - ramai kat Ipoh . Tak apa next year InsyaAllah hehe Amin . Kitorang family balik dua-dua tempat macam tahun ni kampung Ayah dulu baru kampung Ibu , tahun depan Kampung Ibu dulu baru kampung Ayah , gilir - gilir hehe tapi setengah Family tahun ni balik belah Ibu dorang then tahun depan balik belah Ayah dorang , em macam tah , tak faham haha , kenapa tak pergi sekali dua - dua , kalau pergi dua - dua sekali kan senang baru la boleh jumpa semua orang , seronok hehe . Ada terfikir haritu ada orang yang isteri 1 pun berebut nak balik mana kan , macam mana suami yang ada isteri 1 , 2 , 3 , 4 ? haha waish kalau balik sekali semua memang fuhyo la hahaha okay byee hehe Assalamualaikum .

Assalamualaikum

Tuesday 6 August 2013

Sampai Ipoh semalam dalam pukul 12.00 malam macam tu la ,  bertolak pukul 8.00 malam lebih la , lepas bebuka puasa . Sampai Ipoh kitorang disambut dengan Mak Lang yang ceria sangat bila kitorang sampai , Mak Lang siap amik kan tilam pasangkan sarung bantal semua rasa macam wuish Mak Lang sudah sudah lah tu haha Mak Lang siap suruh makan lagi balik tu. Walaupun arwah nenek atok dah takda dekat sini , dapat Makcik yang pemurah gila ni pun dah cukup hem . Dekat sini ada Mak Lang , Mak Su , Caca , Mansur , Ziat and the rock pakcik ever haha Pak Itam
Semalam berbuka mcD sepatutnya makan buger king tapi Ayah dah terlepas , kitorang adik beradik order yang harga mahal sikit . Time nak berbuka tngok buger masing masing , Ibu Ayah beli mcChicken je tak tahu kenapa tapi rasa macam em menyesal order yang mahal . Lepastu time nak siapkan barang balik Ipoh , pergi bilik Ibu Ayah tngok Ibu tengah kemas baju , tengok baju Ibu baju yang Ibu pernah pakai . Lepastu tanya la Ibu ' Mana baju Raya Ibu ' , lepastu Ibu jawab ' Ibu mana beli baju raya , Ibu dah ada banyak baju dah ' Sedangkan time kitorang pergi shopping Ibu Ayah suruh pilih mana yang nak tak kira mahal or murah asalkan pilih , tapi Ibu Ayah tak beli pun barang dorang , Ayah beli jean tak silap tapi kenapa Ibu Ayah tak beli baju raya , kenapa kena kitorang je yang beli . I don't know why lepastu Ibu cakap tu je dalam hati macam ' Tak apa Ibu Ayah nanti Misha dah besar Misha belanja Ibu Ayah puas puas ' . Rasa bersalah sangat hem tak sukanya , Ya Allah kau panjangkan umur kedua Ibu Ayah ku begitu juga adik beradik ku dan aku Ya Allah . Amin Amin..

Saturday 3 August 2013

Ngantuknyaaaaaaahahahahahahhaa , tadi lawan pool dengan aina lama gila lebih 10 rasanya lepastu lawan dengan hasif dah tak larat dah . Hasif kerek gilaaa jnexxrncrxfd . Harini duduk dekat rumah keams bilik , lipat baju dalam almari semua , bersih dah (Y) , lepas berbuka puasa pergi zahra dengan warta beli tudung raya , tak jumpa pun , ada la jumpa sikit , Kak Iya beli la banyak Ibu beli selendang weet weet . Em pagi tadi Ayah kata nyet kitorang meninggal , em Ibu kata kena panggil nyet eh tak silap la sebab nenek , moyang , nyai , nyet . haa betulla hem nyet kitorang meninggal , Al - Fatihah , semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman , Amin Amin , Ya Allah kami yang masih hidup ni kau panjangkan la umur kami , Amin .

Esok balik kampung bharu berbuka puasa , semua family ada , tapi family belah ibu je la , family kitorang masak ketupat and bihun goreng . Pagi esok pergi PKNS Ayah ajak beli , kalau bangun . Tahun ni kitorang beraya dekat Ipoh , selasa ni gerak la , Ya Allah kau lindungi la perjalanan kami pergi dan pulang , Amin . hehehehe balik sana ada Mak Lang Mak Su wajib ada , siapa je lagi tinggal dekat Ipoh , pagi tu mesti pergi kubur arwah Nenek Atok dengan Mak Cak , em rindunya , tapa sedekah kan Al - Fatihah hilang la rindu . Kikiki . Tadi isi kuih raya , hem susah betul ekrja isi kuih raya ni , bukan susah apa tapi bila nak letak dalam balang asik termasuk dalam mulut je .

Family kitorang je ke bila bulan puasa makin berisi ? Family orang lain masa bulan puasa kurus eh ? Kitorang makin berisi sebab bila sahur & berbuka makan banyak , memang tada perbezaan la , orang kata nak kurus tunggu puasa tapi Family kitorang berat nak tak nak turun je hahahaha , makanan kan nafsu puasa tu . Tadi maryam ada chat kat fb , dia story pasal crush dia , kesian dia em kesian orang yang suka kat dia tu tapi kesian crush dia jugak nak kata cinta tiga segi pun ada jugak hehehehe . Ouh ye raya ni Ayah bagi TopUp RM 15 & internet selama 15 hari , wakakakaka ada internet yang best tu ceh macam tak boleh hidup tanpa internet je , topup 15 cukup la tu , bersyukur bersyukur emm hahaha , nak sms dak dak maxis je dak dak celcome mahal ceh hahaha .

Friday 2 August 2013




Bismillahirahmannirahim , yeah not bad la today , happy je , em boleh la haha , actually harini lazy day katanya , memang tak nak pergi sekolah , nak tolong wana buat kuih raya , malas gila la nk pergi tapi memang sepatutnya tk pergi sebab ibu ajak pergi kubur arwah nenek tapi ibu tibatiba tak dapat cuti . Pagi tu dalam pukul 10 ada orng paksa pergi , barambambamm pergi je la , bawak camera tanpa izin lupa nak mintak izin hehehehhe , pergi sekolah nasib baik time tu lelaki dh masuk surau kalau tak penuh dekat bukit nak naik tu . Sebelum pergi sekolah cari stokin , tak jumpa haih bengang je time tu lepastu nampak stokin warna purple tanya la kakak " wei nak pinjam stoin purple ni boleh " dia pun kata " pakai la , amik terus " baik gila time tu tak percaya haha lepastu pakai je la , dalam 2 minit macamtu kaki rasa gatal gila , cakap la kat kakak " gatal la kaki pakai stokin ni " lepastu bolehhh pulakkk diaaa jawab " memang la , aku jumpa bawah kerusi tadi " sakit hati dibuatnya hahaha .  Ingatkan nak pergi dengan Aisyah tapi dia sakit perut so dia pergi lambat sikit , tapi lambat banyak . Sampai sekolah dak perempuan cakap "kataaa tak nakk pergi" , lepas dorang cakap macam tu rasa macam nak balik rumah balik je hahaha . Dorang kemas kelas tadi bagus , tapi tk thu la kemas ke tak sebab masa masuk kerusi atas meja , selalunya kerusi atas meja bermaksud nak sapu sampah an . Lepastu lepak la kelas kejap dalam 2.30 dah kena pergi dewan ada ceramah Nuzul Al-Quran dengan ada Khatam Al-Quran .

Masa Nuzul Al-Quran tu yang bagi ceramah Ustazah apa entah , best la jugak tapi tak khusyuk sengat sebab badan lenguh + budak belakang main geletek geletek hahaha , lepastu tadi Ustaz Fakri comel gilaa hahahha nampak segak ada isteri dia jugak tadi lawa gila hidung mancung , waish sempat usha ni hahaha . Puan Norsiah asik marah je dalam dewan tadi budak nak gi toilet kena sorangsorang dah la kat atas sana tada orang ni permpuan pulak tu nak pergi toilet , lepastu bila dia dah amrah orang dia duduk balik dia menghadap ke belakang dia berborak dengan cikgu Nashitah , cikgu Nashitah pun satu , phone bukan nak silent rasa macam nak campak je phone dia tu , hahaha actually bunyi ringtone app Line , banyak kali pulak tu puan Norsiah tak marah pulak haha ai sabar je dengan budak belakang yang gila main geletel geletek hahaha owh ye Rafiq pakai braces comel tak tipu la hahahaha.

Masa 22 orang pelajar form 2 lelaki yang kena baca Khatam Al-Quran kat atas pentas tu , Qayyim dengan Mus'ab masuk sekali , hahaha kitorang tunggu je masa dorang baca , suara Qayyim comel gila , Mus'ab not bad jugak tapi suara tak kesah asalkan bacaan dia lancar hehe . Lepas habis semua dah boleh balik time tu dalam pukul 5 , yeah 5 , kitorang cadang nak amik gambar dulu 5.30 balik , Hamizah , Khalilah & Amirah balik awal !!! ada satu gambar tu ada Atikah amik tapi gegar hahaha , Hanis pun tada dia jeles tengok sebab haritu pun dia tak ada  , tapala lain kali , kalau dipanjangkan umur , Amin . Em kitorang lepak dengan C.Ezlin , amik gambar , nyanyi semua , sampai 5.30 . Best la not bad la cerita dia hahaha , Lepastu em balik dengan Aisyah tapi kitorang hantar Sab pergi depan , nak teman  Aina .. Danil dah teman tak apa la , hahaha harini tada gambar dengan Aina pun . Harini berjauhan dengan dia , tapi dia ada amik gambar dengan Danil 'Flip Scarf sikit' . Hahah  apa lagi eh haa em tali kasut Hasif warna biru do terang pulak tu dia suruh tngok siapa tinggi bayar 5 ringgit , sahsah la dia kurang tinggi ceh hahahaha .

Balik sekolah tadi abang pun balik jugak , so berbuka puasa besar la , wajib hahaha . Langsir rumah dah tukar dah tu pun kena membebel dengan Ayah sebab tak tolong buat sebelum ni , tak tahu pun kena buat hem , lepastu cakap la kat ayah tak dengar , Ayah kata ' pekak betul anak aku ni , tu la berangan je kerja' sadsad hahaha tapa Ayah  nanti kerja lain saya buat , ceh ceh sabtu ni Ibu ada kelas , asik ada kelas je , pensyarah kena faham orang nak balik kampung kesian la dekat pelajar dia . Yeah betul tu , Fakta an . hahahahha lagi 5 hari habis puasa , Harini last Hari Jumaat dalam bulan Ramadhan pada tahun ni , Semoga kita semua berjumpa lagi pada Ramadhan tahun depan , hehe Amin  Amin .








                                                  Nah I love this pic hahaha dengan Zahirah



                                             This ! hahaha cahaya to sayang kitorang hahaha