Friday 2 August 2013




Bismillahirahmannirahim , yeah not bad la today , happy je , em boleh la haha , actually harini lazy day katanya , memang tak nak pergi sekolah , nak tolong wana buat kuih raya , malas gila la nk pergi tapi memang sepatutnya tk pergi sebab ibu ajak pergi kubur arwah nenek tapi ibu tibatiba tak dapat cuti . Pagi tu dalam pukul 10 ada orng paksa pergi , barambambamm pergi je la , bawak camera tanpa izin lupa nak mintak izin hehehehhe , pergi sekolah nasib baik time tu lelaki dh masuk surau kalau tak penuh dekat bukit nak naik tu . Sebelum pergi sekolah cari stokin , tak jumpa haih bengang je time tu lepastu nampak stokin warna purple tanya la kakak " wei nak pinjam stoin purple ni boleh " dia pun kata " pakai la , amik terus " baik gila time tu tak percaya haha lepastu pakai je la , dalam 2 minit macamtu kaki rasa gatal gila , cakap la kat kakak " gatal la kaki pakai stokin ni " lepastu bolehhh pulakkk diaaa jawab " memang la , aku jumpa bawah kerusi tadi " sakit hati dibuatnya hahaha .  Ingatkan nak pergi dengan Aisyah tapi dia sakit perut so dia pergi lambat sikit , tapi lambat banyak . Sampai sekolah dak perempuan cakap "kataaa tak nakk pergi" , lepas dorang cakap macam tu rasa macam nak balik rumah balik je hahaha . Dorang kemas kelas tadi bagus , tapi tk thu la kemas ke tak sebab masa masuk kerusi atas meja , selalunya kerusi atas meja bermaksud nak sapu sampah an . Lepastu lepak la kelas kejap dalam 2.30 dah kena pergi dewan ada ceramah Nuzul Al-Quran dengan ada Khatam Al-Quran .

Masa Nuzul Al-Quran tu yang bagi ceramah Ustazah apa entah , best la jugak tapi tak khusyuk sengat sebab badan lenguh + budak belakang main geletek geletek hahaha , lepastu tadi Ustaz Fakri comel gilaa hahahha nampak segak ada isteri dia jugak tadi lawa gila hidung mancung , waish sempat usha ni hahaha . Puan Norsiah asik marah je dalam dewan tadi budak nak gi toilet kena sorangsorang dah la kat atas sana tada orang ni permpuan pulak tu nak pergi toilet , lepastu bila dia dah amrah orang dia duduk balik dia menghadap ke belakang dia berborak dengan cikgu Nashitah , cikgu Nashitah pun satu , phone bukan nak silent rasa macam nak campak je phone dia tu , hahaha actually bunyi ringtone app Line , banyak kali pulak tu puan Norsiah tak marah pulak haha ai sabar je dengan budak belakang yang gila main geletel geletek hahaha owh ye Rafiq pakai braces comel tak tipu la hahahaha.

Masa 22 orang pelajar form 2 lelaki yang kena baca Khatam Al-Quran kat atas pentas tu , Qayyim dengan Mus'ab masuk sekali , hahaha kitorang tunggu je masa dorang baca , suara Qayyim comel gila , Mus'ab not bad jugak tapi suara tak kesah asalkan bacaan dia lancar hehe . Lepas habis semua dah boleh balik time tu dalam pukul 5 , yeah 5 , kitorang cadang nak amik gambar dulu 5.30 balik , Hamizah , Khalilah & Amirah balik awal !!! ada satu gambar tu ada Atikah amik tapi gegar hahaha , Hanis pun tada dia jeles tengok sebab haritu pun dia tak ada  , tapala lain kali , kalau dipanjangkan umur , Amin . Em kitorang lepak dengan C.Ezlin , amik gambar , nyanyi semua , sampai 5.30 . Best la not bad la cerita dia hahaha , Lepastu em balik dengan Aisyah tapi kitorang hantar Sab pergi depan , nak teman  Aina .. Danil dah teman tak apa la , hahaha harini tada gambar dengan Aina pun . Harini berjauhan dengan dia , tapi dia ada amik gambar dengan Danil 'Flip Scarf sikit' . Hahah  apa lagi eh haa em tali kasut Hasif warna biru do terang pulak tu dia suruh tngok siapa tinggi bayar 5 ringgit , sahsah la dia kurang tinggi ceh hahahaha .

Balik sekolah tadi abang pun balik jugak , so berbuka puasa besar la , wajib hahaha . Langsir rumah dah tukar dah tu pun kena membebel dengan Ayah sebab tak tolong buat sebelum ni , tak tahu pun kena buat hem , lepastu cakap la kat ayah tak dengar , Ayah kata ' pekak betul anak aku ni , tu la berangan je kerja' sadsad hahaha tapa Ayah  nanti kerja lain saya buat , ceh ceh sabtu ni Ibu ada kelas , asik ada kelas je , pensyarah kena faham orang nak balik kampung kesian la dekat pelajar dia . Yeah betul tu , Fakta an . hahahahha lagi 5 hari habis puasa , Harini last Hari Jumaat dalam bulan Ramadhan pada tahun ni , Semoga kita semua berjumpa lagi pada Ramadhan tahun depan , hehe Amin  Amin .








                                                  Nah I love this pic hahaha dengan Zahirah



                                             This ! hahaha cahaya to sayang kitorang hahaha


0 comments:

Post a Comment