Tuesday 30 July 2013

It is difficult.
It is too difficult.

Just couple of day ago I had thought that I am free.
Free from guilt and free from sadness.

But I guess, it is not possible.
It is not possible to live here without a pain.

I cannot make my laws here.
I cannot choose what is good for me.

I have to live here with whatever You have given to me.
I have to live here with Your given instructions.

I am not here to enjoy.
I am not here to have fun.

It is life.
And I have to face it.

Im Sorry Allah ,
Ya Allah , Kau maafkanla segala dosa ku , Kau ampunilah dosa dosa ibu bapa ku , kakak abang ku , keluarga ku , rakan rakan dan umat Islam diluar sana . Ya Allah kau panjangkan la umur kami . Sesungguhnya Kau maha pengampun .

Mimpi tu mimpi paling tak boleh lupakan , maybe Allah bagi mimpi tu sebab Allah nak bagi lagi kuatkan iman and biar takut so bila takut kita lagi akan berusaha bertaubat , yeah try taknak fikirkan sangat mimpi tu , think positif mimpi meninggal tak semestinya kita nak meninggal , yeah nope . Think positif , mimpi tu mainan tidur , Allah bagi mimpi tu pun ada sebab lain , think positif Misha . Bangun sahur tadi memang terkejut sangat , takut , pergi sekolah  nasib mata tak berbekas sangat , pergi sekolah memang nak cerita dekat Mizah . Dari waktu exam lagi  cakap "Mizah nak tahu tak" lepastu cakap tadapala , mula-mula tak berani nak cakap , simpan je , lepas balik bilik kh , tadasapa semua keluar lambat , so jalan ngan mizah je , mizah tanya nak cakap apa  tadi , dia paksa , okay cerita la , baru cakap 'semalam mimpi ....' terus sebak , tak boleh nak sebut perkataan lepastu , lepastu mizah bagi semangat time nak balik kat kelas tu tak boleh tahan , memang macam air terjun , masuk kelas duduk je tak pandang orang , try stop nangis tapi tak boleh , dorang perasan jugak dorang tanya kenapa . Tak nak la cerita , nanti lagi sebak , lepastu dah okay , sebab cikgu dah masuk , lepastu Aina tanya pulak kenapa , time tu sebab rasa dah okay cakap je la , tak nangis pun time tu tapi bila Aina cakap tak payah percaya mimpi tu semua tak betul , tibatiba air terjun balik memang tak boleh tahan , dorang tak rasa  macam mana mimpi tu , dorang tak rasa , dorang tak tahu , memang terseksa , rasa macam bangun tidur tu ' kenapa mimpi benda ni aku dah nak meninggal ke' memang time tu fikir tu je , tapi macam ha Misha think positif jangan fikir , ada sebab lain . Ingatkan pergi sekolah happy tapi benda tu melekat je apatah lagi time solat , asik fikir je . Maybe mimpi ni sebab banyak dosa dekat Allah , Allah nak suruh bertaubat la tu , tapi tak tahu kenapa asik fikir ha . Kalau orang lain yang mimpi sama dia tahu la macam mana terseksa , sakit sangat , walaupun mimpi tu mainan tidur . Memang cuba tak nak ingat bila ingat je Astagfirullah Astagfirullah , betul , tak tipu . Wana pun ada tanya kenapa balik tadi , lepastu dia kata gedik la misha ni , tak basuh kaki la tu , tak kesah la apa dia nak cakap cuba dia yang mimpi benda tu , sakit tahu tak , memang tak pernah percaya dapat mimpi macam tu . Argh ..

Dear Allah , Please give me more strength and courage for this life and the hereafter.

Sunday 28 July 2013



Waaaa tak tidur harini selalu nya terlelap haha , sebab tak tahu nak buat apa tadi jahit nametag setelah tk pernah jahit untuk tahun ni hahaha . Ngantuk gilaaaaa , tak sabarnya harini nak kena marah dengan Cikgu Zanita , hahaha tapa la ... lepastu tak sabar jugak nak buat perbentangan bm ... lepas buat nanti mesti  lega tinggal nak kacau yang tk buat je hahaha , sekejap je nak habis puasa , rasa macam baru je puasa , lepastu nak raya dah , aaaaa tak percaya rasa macam awal lagi , em raya ni nak tegur akmam la haha , rasanya dia dah okay kot tapi shuk kata dia tak akan okay aaaaa . Harini sahur asam pedas , sahur beritiga je dengan ibu ayah , kakak tak boleh , abang dh balik u . Kejap lagi nak masuk perhimpunan , malasnya lahai , ni dah lah bm tak hafal lagi haha inarah aida aina semua mesti dah hafal . Otak dorang cepat masuk haha , tadi WakMat hantar gambar Surau/Masjid dekat Korea , aii jelesnya untung la WakMat dapat kerja sana boleh jalanjalan sekali haha tapi bulan puasa susah la , tapi Masjid/Surau dia lawa gila , dia ada lampu bagai , lampu dia lain sikit , meriah je kalau orang tengok . Hahaaaaa sekarang batak edit effect pastel + quotes hahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa batak batak obses terox hahaha . Eh nanti ada exam sc ngan mm , baru tahu sebb jumaat tak datang haih tadasapa nak bagitahu haha . Duh kalau boleh keluar dah lama amik gambar guna camera sendiri , ni amik kat gambar orang pun jadi la asalkan effect dia dengan quotes diri sendiri punya hahaha aaah obses . Gambar original dia buruk ceh em tapi cara orang tu tangkap lawa la , posing dia , lepastu jenis camera dia pakai , em gambar letk kat blog ni edit sendiri ......  haaa tapi ni ni ni quotes effect je edit sendiri , haih nampak je simple haih tapi hahhahha arghhh tada siapa faham hahahaha tapa tapa , Assalamualaikum .
Semalam berbuka dekat rumah atok | kampung bharu , Semua family kecuali family cik cin dengan wak mat , cik cin pergi melaka , wak mat pergi korea . Emm best la semalam jumpa saudara , em semalam balik sana nak cakap semua la ceh haha ramai tegur " misha dah tinggi " kembang semangkuk dua mangkuk , haha yeah ikut abang , cepat tinggi ceh , kakak pendek la ni wkwk . Esok dah sekolah , ada perbentangan bm .... Harap je tak menggil hahaha , harini cikya datang rumah tapi sekejap je tu pun pergi bangi ni nak hantar farah gi hospital , cucuk tangan . Harini belajar edik gambar macam kat tumblr selalu buat tu / pastel pastel soft pastel light pastel , gambar yang edit sementara ni cari kat google image , gambar je la gambarrr jeeee effect dia buat sendiri . tapi tak menjadi sangat tapi bangga dengan diri sendiri memang orang tengok macam biasa je , orang tumblr je tahu perasaan dia hahaha . ni ha gambar dia :






Thursday 25 July 2013

Haritu bangun tidur dalam pukul 10 , bukak la whatsapp Aisyah hantar ' Mak Mus'ab meninggal ' time baca tu terus tak ngantuk , terkejut la budak kelas pulak tu , mak dia meninggal sebab denggi berdarah , em semoga arwah ditempatkan ditempat orang yang beriman , Amin | Al-Fatihah . Ha harini hari Jumaat bersamaan 26/7 , harini hari Nuzul Al-Quran , Salam Nuzul Quran untuk semua umat Islam dan Salam Jumaat . Pagi tadi pergi surau lepas sahur , pergi dengan Wana & Farah , perempuan sikit je kat surau tu , makcik-makcik la , jiran pun ada 2/3 orang , kitorang pun masuk je la Imam dah start solat kitorang pun ikut la solat . Masa first tu dia tak ada rukuk tau dia terus sujud , Imam baca "ALLAH HUAKBAR" sepatutnya rukuk dulu tapi makcikmakcik semua sujud kitorang rukuk kitorang pun ikut je la sujud , lepstu bangun dia solat macam biasa 2 rokaat lagi so semua ada 3 rokaat , lepastu dah Imam bagi salam / doa semua , kitorang salam salam , lepastu balik lambat sikit tolong jiran susun telekung kat surau tu , bak kata makcik tu " Harini hari Jumaat , Lelaki solat Jumaat , kalau telekung bersepah nanti buat malu je , apa kata lelaki " okay kitorang pun lipat la tolong lepastu suruh Farah tanya kat makcik tu pasal sujud tadi , makcik tu pun cakap " Laa tu namanya solat -sunat(takpasti)- sujud , memang selalu buat dengan solat subuh " lepastu tanya la niat kitorang solat niat subuh sama je ke , makcik tu kata boleh je , wakaka , ouh yeah makcik tu mak afiq  Masa solat tu sempit duduk sebelah almari , asik terlanggar je , wana pun tergelak time solat , sakai je hahaha . Balik surau mak/ayah afiq tegur , " Tahu pun panjang ayat Imam tu baca " . haha betul la panjang gila Imam tu baca , lepastu ada Imam tu bagi ceramah sikit .

Monday 22 July 2013


Harini Jerebu Lagi ! betulla cakap kakak if jerebu datang waktu first haritu dia mesti ada gelombang yang kedua , Haaa so ni la gelombang kedua dia . Heh tadi ramai tak datang , tak kecoh sangat macam selalu tapi still best . Harini kena hantar seni punya bahan .Suruh la Aisyah print kan , maklumat kitorang pun sama . Nama dah la orang ketiga kena panggil tadi hantar je la lulus tu memang lulus tapi Aisyah yang cari isi tu lepastu Aisyah nak hantar takut cikgu kata meniru lepastu tu macam orang gila salinkan yang baru untuk aisyah tulisan buruk ha buruk tak buruk nasib baik nama aisyah nak lastlast sempat la hantar rasanya lulus .... Harap lulus rasa bersalah gila .Semalam berbuka pausa dengan budak kelas . Tu pun pergi tumpang Aisyah balik pulak tumpang Alissa . Best la jugak . Memang kecoh gila , tu pun cikgu tak datang , kalau cikgu datang kan lagi best Meriah . Lauk semalam biasa-biasa je la tapi sedap , ada tom yam , telur goreng , sayur kang kong a.k.a bak kata aisyah sayur kang kang haha , ha dengan ikan siakap tiga rasa .Kitorang semua dah habis makan nasi dh habis pinggan licin air dah habis pap pap ikan baru sampai waish semua time tu nak tak nak makan je haha . Air pulak hish orang pertama mintak tapi tak dapat yang lain semua dapat lepastu dapat cawan lebih dari lelaki kot lepastu tinggal buih air je aii taknak sakit hati pulak haha tapi tak apa la tak kesah pun haha asalkan happy . Lepas makan makan solat semua sesi bergambar , separuh dari kitorang balik pukul 10 ! Aisyah dengan Alissa kitorang orang terakhir balik tu pun duduk Petronas ada la jugak lampu haha . Balik balik rumah, family makan besar ! Jeles gila ! Diorang makan Pizza Francisco amenda tu dekat sek 8 haish sedap gila ...

Wednesday 17 July 2013

Kat suarau semalam jumpa Wan Alya Hayati ! Lawanya dia , comel gila , lama gila tak jumpa dalam 2 tahun . dia solat terawih dengan adik adik dia , adik adik dia pun semua comel ikut muka dia , bestnya ada adik , tu pun sempat lambai tangan je sebab nak cepat Imam dah mula . Baru tahu kat sekolah tadi Farah couple dengan budak kelas ! haha Farah baru je couple dengan budak Jess haritu . Nakal farah ni hahahaha .
Tadi kat kelas  geng pengotor duduk sekeliling hahahahhaha , dah la budak perempuan semua keluar gi toilet , lepastu dorang nak bergay kat sebelah hahaha danil dengan adam . gay gila hahaha , lepastu firas siap letak tangan kat kerusi kononnya nak bagi si tu  jeles waish menyakai je haha tadi Firas buat  pengakuan dia couple dengan Zahirah hahaha lepastu muka Zahirah tak berhenti senyum hahahahhahaha .

Ha kalau boleh semua benda nak cerita haha semalam time solat Isya' ada orang message lepas habis tu terus bukak tengok tengok Izzat hantar , Izzat tanya 'Misha dekat mana ?' Then jawabla dekat suarau bp . Lepastu dia reply 'Izat nampak Misha dekat restoran' Hahahahaha time tu tak boleh berhenti gelak even tak lawak sangat hahaha .Coco Jones follow twitter ! Coco Jones ! Coco Jones ! hahahahha bangga gila T_T walaupun dia artis tak ramai dikenali haha tapi dia follow T_T tak percaya hahahaha . Aaaaa mampus haha .


Monday 15 July 2013

Tadi dapat banyak rahsia , rahsia pasal Farah , pasal Aina ada gak , pasal Hajjar . Waish gila tak bangga dapat tahu rahsia orang hahahaha . Harini puasa tanpa sahur  , hahaha bangun bangun pukul 6 , tu pun alarm kakak untuk pergi sekolah , dah lah lauk sahur sedap , waish haha . Harini kat sekolah cikgu bagi kerja cari maklumat untuk  perbentangan , perbentangan bm dengan seni , bm okay lagi 4 orang sampai seni sorang sorang , ni tak suka ni perbentangan ni berdiri depan mesti menggeletar , tapi takpa belum cuba belum tahu ceh ceh haha . Wana semenjak puasa ni an tak dating dah haha , bulan puasa la . 'puasa' . Hahaha.  Ada homework , tapi tapi malas gila nak buat.

Harini dapat jugak pergi solat terawih dekat surau , sebelum ni nak pergi asik ada halangan je , waish halangan pulak haha , tu pun pergi dengan wana & farah , solat 8 rakaat je , duduk belakang sekali bahagian budak budak , tak ada la ramai sangat sebab dah hari ke 6 , kalau waktu hari pertama kedua ketiga ramai la dengan family family . Time solat ada polis ronda ronda , macam mana nak eja ronda haha , dorang tangkap budak main mercun 'kot' sebab ramai gila main kat taman bising gila la memang gila la tapi tak adala gila mana hahaha yes tak lawak . 


Tadi pergi solat terawih jumpa raja & adik adik dia  , lawa gila dorang , lepastu ada jumpa amirul , amir , budak budak sekolah rendah dulu , happy gila ceh haha , tak ada la happy mana pun . Masa solat terawih, setiap kali imam tu baca surah yang selepas Al-Fatihah tu mesti imam tu punya suara sebak , eh sebak eh , haha sedih je dengar imam tu baca , waish jakon an , haha . Tadi lepas solat Isya' sempat lagi farah suruh kawan dia belikan cool station , farah belanja , baik farah harini , bulan puasa an , kalau bukan bulan puasa mesti tak belanja ceh .

Sunday 14 July 2013

Sedap berbuka puasa tadi , ada ayam panggang , roti bom , mee sop , cucur udang em apa lagi eh haha , kenyang gila Alhamdulillah , tu pun banyak beli yang masak cucur udang dengan kari je . Abang dah balik dah lepas terawih tadi , dengan kawan dia , lagipun jumaat ni dia balik lagi . Harini ada berbuka puasa kat rumah atoq mail tapi family kitorang dengan cikpah je tak datang yang lain semua datang bestnyaa , dah lama tak berbuka dengan atoq lepastu mesti setiap hari dapat bubur kampung bharu , free je dah la free sedap pulak tu , kalau arwah nenek still ada lagi sekarang mesti nenek tak kasi beli kat luar untuk berbuka nenek nak masak sendiri je , kalau boleh cakap je apa nak nenek masak , tapi nak buat macam mana , semuanya hanya tinggal kenangan .


Kat depan rumah bising je bunyi mercun , dah lah main tak ajak ceh . Tadi tengok berita pasal siapa tu meninggal artis popular mat saleh sebab pengambilan dadah , kesian . haha mesti orang yang ambil dadah lepastu tengok berita tu tibatiba terdiam , menusuk kalbu katanya eh haha , lepastu berita si cina dua orang tu siapa nama dia yang kutuk Islam tu , takda maruah ke apa , kita tak kutuk agama dia dia nak kutuk agama kita , tak takut ke kutuk kutuk agama orang boleh kena tangkap , lepastu bila dah keluar kat berita baru nak delte account fb semua , waish goy ke dah la gmbr tu dia kata selamat berpuasa tapi dia tengah makan babi lepastu ada tanda halal , orang sawan macamtu la .


Ibu kata esok kena bangun sendiri ibu tak nak kejut sebab ibu tak boleh puasa , okay kita lihat hahaha mesti ibu akan kejutkan punya , rasanya setiap tahun ibu cakap macamtu haha , kalau ayah "nanti masak sahur sendiri" bangun bangun dah ada makanan atas meja , yeah boleh hafal dah haha , ni pun ibu pening , ayah pulak sakit kaki , bengkak , tak apa semoga ibu ayah cepat sembuh hehe. ibu ayah sakit pun sebab banyak kerja , so lepasni kerja elok elok hati hati jangan paksa diri , ceria selalu dont stress stress .



Alhamdulillah dah hari ke -5 puasa , wee , harini abang balik U , makan besar la berbuka nanti haha , esok dah sekolah , kasut tak basuh lagi ai nak sangat la basuh kasut tu ceh , nasib baik tak ada homework , hah cascas takde je sampai sekolah dorang tanya dah siap hw ke belum , masuk kelas macam orang gila nak siapkan .



Tadi we chat dengan maryam , dia luahkan perasaan , haaa cerita dia boleh buat novel ' sembilu kasih ' , haha maryam ada problem pasal someone yang selalu buat dia badmood , but maryam kata sometime budak tu caring , baik sangat sampai boleh buat melting tapi maryam still badmood sebab dia , maryam story lagi pasal dia bosan duduk rumah bagai pasal mak dia semua , dia kata dia nak life baru , dia sedih dengan life dia . haha memang sembilu kasih , kalau la rumah dekat dengan maryam dah lama ajak dia keluar main sama sama , buat dia happy tapi takpa dekat we chat pun jadila .







Tadi ada dm dengan farid , dia luahkan perasaan crush dia hehehe , pandai pandai la mengorat haha , selamat mencuba , haha , tadi terjumpa twitter farah ! alang alang kan mesti la stalk , tengok gambar dia , waish dah tembam gila haha pipi dia gebu habis , lepastu saja kacau cakap dah tembam then dia kata mana ada puasa ni pipi dah cengkung eh macam lee chong wei hahahaha . Perangai dari dulu tak berubah , tapi selalu orang duduk asrama kurus kan hahaha Farah lagi tembam tak apa still comel.

Saturday 13 July 2013







Dear Brother, you have always been there, a protector and supporter, a friend and a helper. Happy Birthday! May you have many, many more good years, fine times and great memories to share! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki , semoga menjadi anak yang baik untuk ibu ayah  dan patuh pada perintah Allah , belajar rajin rajin  buat ibu ayah bangga , Good luck perlawanan rugby yang akan datang ni ! wakaka Happy birthday !


Your birthday is such a happy day, brother! Especially because we can celebrate it all together! - 



Friday 12 July 2013

People never start conversations with me, and when they do, it's about something that's obvious.I used to look like a nice friendly girl when i was younger, i tried to smile and all that. Tapi tak ada beza semua yang kawan mesti akan benci  , aduh haha sedih tau , haha but its okay dorang benci ada sebab , sebab tertentu , siapa suruh  jahat haha siapa suruh anoyying an hahah , tak apa tak apa , hidup kena happy tapi sedih jugak hahaha . sebabtu la evertyhing happens for a reason cehcehceh .






Thursday 11 July 2013






I'm sorry that I never follow through, I'm sorry that meant I had to lie to you
I'm sorry I don't do what I say.
I'm sorry that you rightfully lost faith in me.
I'm still sorry it wasn't me.
I'm sorry that I made excuses for youI'm sorry for hurting your feelings
I'm sorry for being too stupid.I'm sorry for wasting time.I'm sorry that I don't plan things right.



I'm sorry that I kept you waiting, I'm sorry that I took too long 
I'm sorry that you gave up on me 
I'm sorry that I hurt you so many times.


Monday 8 July 2013



Dah 3 hari dah demam ni , batuk je keluar air mata gentle masyuk hahaha , Cepat la sembuh nanti susah nak puasa . Ya Allah kau sembuhkan la hambamu seorang ni , ehem . Amin . 

Pagi tadi dapat whatsapp from tok mail , pappap bukak baca Ton Atan meninggal , cik wan punya ayah  , Tok Atan dari haritu lagi sakit kat hospital sampai guna mesin pernafasan tak silap , then dh berapa bulan tu keluar hospital tk silap sebab dh sembuh sepenuhnya tengoktengok pagi tadi Tok Atan meninggal , Smoga ditempatkan di tempat orang yang beriman  , Amin :)