Sunday, 14 July 2013

Sedap berbuka puasa tadi , ada ayam panggang , roti bom , mee sop , cucur udang em apa lagi eh haha , kenyang gila Alhamdulillah , tu pun banyak beli yang masak cucur udang dengan kari je . Abang dah balik dah lepas terawih tadi , dengan kawan dia , lagipun jumaat ni dia balik lagi . Harini ada berbuka puasa kat rumah atoq mail tapi family kitorang dengan cikpah je tak datang yang lain semua datang bestnyaa , dah lama tak berbuka dengan atoq lepastu mesti setiap hari dapat bubur kampung bharu , free je dah la free sedap pulak tu , kalau arwah nenek still ada lagi sekarang mesti nenek tak kasi beli kat luar untuk berbuka nenek nak masak sendiri je , kalau boleh cakap je apa nak nenek masak , tapi nak buat macam mana , semuanya hanya tinggal kenangan .


Kat depan rumah bising je bunyi mercun , dah lah main tak ajak ceh . Tadi tengok berita pasal siapa tu meninggal artis popular mat saleh sebab pengambilan dadah , kesian . haha mesti orang yang ambil dadah lepastu tengok berita tu tibatiba terdiam , menusuk kalbu katanya eh haha , lepastu berita si cina dua orang tu siapa nama dia yang kutuk Islam tu , takda maruah ke apa , kita tak kutuk agama dia dia nak kutuk agama kita , tak takut ke kutuk kutuk agama orang boleh kena tangkap , lepastu bila dah keluar kat berita baru nak delte account fb semua , waish goy ke dah la gmbr tu dia kata selamat berpuasa tapi dia tengah makan babi lepastu ada tanda halal , orang sawan macamtu la .


Ibu kata esok kena bangun sendiri ibu tak nak kejut sebab ibu tak boleh puasa , okay kita lihat hahaha mesti ibu akan kejutkan punya , rasanya setiap tahun ibu cakap macamtu haha , kalau ayah "nanti masak sahur sendiri" bangun bangun dah ada makanan atas meja , yeah boleh hafal dah haha , ni pun ibu pening , ayah pulak sakit kaki , bengkak , tak apa semoga ibu ayah cepat sembuh hehe. ibu ayah sakit pun sebab banyak kerja , so lepasni kerja elok elok hati hati jangan paksa diri , ceria selalu dont stress stress .



0 comments:

Post a Comment