Kahkah, haritu tulis im back tapi know2 dah nak setahun im back tu. Busy ke?  takdela busy mana tapi rasa nak rehat je, hahaha waktu terluang memang nak habiskan dekat rumah, family and catss! hehe Sekarang cats tinggal 6 je dari 10, huhu, sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa, i miss all of them yang dah tkde. Yang ada sekarang ni, tolong la panjang umur, kakak sakit la nak rasa kehilangan dah. Masa last Lana mati, 2 minggu meroyan ya, hari-hari menangis kt bilik kucing, nak tidur nangis, aiyoooooo.

Nak cerita pasal diri sendiri buka cafe pun tak dan, tahu-tahu sekarang diri sendiri dah ada second cafe. BUT.. small jela, very mini, tiny, and cute hahaha. Alhamdulillah, semuanya atas rezeki Allah bagi. Episodes cafe ni, nanti la borak dalam 1 page je, ceh. Sekarang tengah rileks before buka kedai later, buka kedai pukul 5 pm, just 12-15 mins from home. Tapi nak kena pergi pasar kejap stock barang, tapi jugaaa tengah tunggu Abu balik, dia tengah repair peti ais rumah IbuAyah. 

Tahu-tahu dah umur 27 dah, kejap masa berlalu. 27 tahun dah hidup degan IbuAyah depan mata. Lately ni banyak kawan-kawan yang parents dorang meninggal, buatkan hati saya sedih and risau. Yelaa, saya ni mati kucing pun meroyan, kalau hilang family, saya tatahu nak cakap apa. Sakittnyaaaaaaaaa, tapi tula, kita ni hanya sementara huhu...

Tahun ni, improve solat getting better, hari-hari baca Al- Quran, kalau tak baca, gelisah betulll hati, rasa tak boleh tidur sebab rutin belum complete. Semoga saya sentiasa istiqamah hingga hari akhir hayat saya. Amiin..

Sejak kahwin ni, skill memasak pun makin tajam, cehhh. Rupanya takdela susah pun masak, senang jeeee. Tapi memerlukan barang yang cukup dan KERAJINAN, HAHA. Tapiii jimatla, dari nak membeli kat luar hari-hari. 

Bulan 9 ni pun haritu birthday Ibu, kitorang celebrate dekat Seremban, duduk homestay kakak belanjaaaa. Me and abang just beli barang untuk masakk. Alhamdulillah, tapi tak cukup la sehari huhu, i need more soon plssssss. Kalau dengan keluarga memang waktu tu cemburu, cepat je berjalan. 

___________________________________________________________________________________

Dah nak masuk 3 tahun kahwin takde anak lagi? 

Belum wak, belum makcik-makcik sekalian. Alhamdulillah, orang tanya sebab orang care la kot kan? hahaha. Belum ada rezeki lagi, hormon kita teruk sikit, ada PCOS lagi, huhu. Tapi takdela meratap kesedihan pun, saya letak semua nya pada Allah, niat saya semua kerana Allah. Takde anak ni la, saya nak extra berbakti kat diri sendiri dulu, nak betulkan diri dulu, jadi anak dan isteri yang betul-betul bagus dulu. 

Ada terasa nak anak tak? Adaaaa laaaa, tapi tak membawa benda tu kepada satu kesedihan. Alhamdulillah, as long saya ada family saya sentiasa. 

Harini RABU, cafe kajang tutup. Badan sakit sangat minggu ni, semalam selasa ada order nona manis hantar 4 pagi, balik terus tidur bangun pukul 2.. sakit gila badannnn, cry kitaaaaa. Lepastu budak nyaman kampung baru kata dia lupa siram pokok dalam botol air bunga, saya ni takleh pokok saya mati, beli pula dengan duit hahaha, tutup kajang 1030 terus lari g kampung baru, dalam 25 mins je. Mati dah nokkkkkkk bunga saya 3 pasu, im s4d, tapi tkpela huhu. TAPIII TULAAA, esok ada orang nak datang review, kenala kedai lawa-lawa ishhhh. Terpaksa la beli pokok baru gituuuuu! Kena beli yang tak manja sangat, act yang baru beli ni pun tkdela manja, saya pun dh beli botol yang auto siram pokok tu, tapi budak tu lupa. BUT NVM. Kita tak marahhh pun. Things happened. 

Tengah cari staff, kampung baru and kajang. Susah la cari staff zaman sekarang.. huhu.. lagi susah sebab depa demand gaji. Kita pula sale kadang 200 je sehari, sebb tu nak cari yang ok untuk kerja gaji rm 50 je, skrng semua demand rm 60-70 per day. Klau sales banyak, kita tak kisah wakk, tapi kita pula small business, zaman ni nak ramai customer kena viral dulu. 

Aaaa penat, okayla, nak jemur baju, masak, and kemas rumah. Cuti kerja je, cuti suri rumah tidak, ah gituuuuuu.

Comments

Popular posts from this blog

IM BACK PIPOL, 2025

FIRST TIME TK MAI CLASS