Wednesday 27 May 2015

Alhamdulillah .
Gembira tak terkata dapat pijak kan kaki dekat Madinah dan Makkah .
Rasa macam dalam mimpi .

Tapi sekarang ..
Sedih je .
Rindu yang amat .
Walaupun baru je beberapa hari balik .
Hati dengan badan ni rasa macam ada dekat sana lagi .

Kalau boleh memang taknak balik .

Harap nanti dapat pergi ke sana lagi .
Amin .

Apa perasaan aku waktu pertama kali nampak kaabah ?
Sekali pandang sahaja ..
Mata terus kumpulkan air mata .
Rasa sebak yang tak terkata .

Yela sebelum ni aku hanya like gambar kaabah dekat fb .
Retweet dekat twitter " rt kalau teringin nak pergi " .
Tetiba sekarang depan mata .

Jangan kata la waktu buat tawaf .
Sebak tu macam apa dah .

Dapat ziarah semua tempat yang Rasulullah pernah pijak .
Gua hira' dan sbagainya .

Gua Hira' tu memang sangat tabik dengan Rasulullah .
Tinggi yang amat .
Kitorang naik waktu malam around pukul 11 .
2 jam nak naik .
Tinggi dan sangat-sangat memenatkan .
Tiap kali berhenti untuk berehat kejap terus terbayangkan
betapa kuatnya Rasulullah .

Mungkin selama ni aku sedikit lalai tak nak ambil tahu sedikit sebanyak tentang sejarah Rasulullah .
Tapi bila ustaz / mutawif kami bercerita ..
Hati ni rasa macam ..
Betapa sayangnya Rasulullah kat kita .
Walaupun dia tak pernah jumpa kita tapi dia buat macam-macam untuk menegakkan agama Islam .
Ya semuanya untuk kita .

Banyak lagi tempat yang kami pergi untuk melihat perjalanan Rasulullah .
Kami juga melihat dimana Rasulullah dilahirkan .

Di Madinah .
Aku dapat solat di depan Rhaudah dan mahkam Rasulullah .
Sebaknya hati ketika solat .
Walaupun entah berapa ramai di dalam itu .
Kadang-kadang waktu sujud orang memijak kepala aku dan sebagainya .
Tapi bila kau berada di situ kau tak akan fikir dia pijak atau apa .
Kerana apa ?
Kerana masa itu kau bersama Rasulullah .
Kau hanya berdoa dan berdoa .
Tanpa menghiraukan orang sekeliling .

Tenang bila berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah Dan Masjidil Haram di Makkah .
Rasa macam ..
Entah la.
Tapi jujur dari hati memang rasa tenteram .

Alhamdulillah juga group aku semuanya baik-baik .
Sehingga ustaz/mutawif sendiri kata bahawa jemaah kalini banyak tolong Ustaz .
Gembira bila Ustaz cakap macam tu .
Ni pun tengah rindu semua jemaah .
Haish .
Kalau boleh nak je duduk dengan dorang dekat sana bersama .
Dah macam keluarga .
Yela hampir 1 bulan bersama .
Dari Turki ke Madinah dan ke Mekah .
Waktu balik dekat KLIA tu .

Pergh sebak gila .
Tengok dorang menangis lagi sebak .
(aku la paling muda dalam jemaah hehe)
Waktu bersalaman dengan semua tahan je air mata ni .
Bila dorang bagi kata-kata semangat suruh belajar rajin-rajin la apala .
Memang jatuh terus la air mata yang duk tahan dari tadi tu .

Dekat group ws .
Kecoh betul group ni hahaha .
Gembira tengok jemaah semua berborak dalam tu .
Tak dapat jumpa dapat berchatting pun jadi .
Semua duk sibuk kata rindu-rindu .
Memang rindu .
Hanya Allah yang tahu betapa rindunya .
Ni pun aku dah beberapa hari ni asik layan Makkah/Madinah TV Online .

http://makkahlive.net/makkahlive.aspx

Tengok la sekali hehe .
Best .
Nanti kau rasa macam kau berada dekat situ .


Ni pun kepala still biul ni .
Sebab kepala masih set masa dekat sana .
Sana kan waktu dia lain .
Sini lain .
Em hahaha memang masih biul .

Dekat sana budak-budak dia malam tak tidur .
Dorang tidur petang esok tu .
Kenapa ?
Sebab malam cuaca dia sejuk .
Yela dari pagi smpai petang cuaca dia 46 darjah .
Malaysia yang 27 darjah pun semua dah merungut .
Tu yng aku pelik tu time balik dari gua hira around pukul 2 macam tu .
Ada budak main kat taman permainan dengan family dia semua .
Esok tu baru tahu kenapa .

Ya Allah .
Bawa la aku ke sana semula .
Bersama keluarga dan rakan-rakan yang lain .
Rasa macam nak patah balik masa !
Sedih sangat ish !
Nak duduk kat sana hm .

0 comments:

Post a Comment